Categories: Trending

Gaji Kena Potong Akibat ‘Kejar’ Bento

Akibat tak mahu terlepas jualan bento waktu makan tengah hari, lelaki ini dipotong gaji!

Lapor portal CNN, lelaki berusia 64 tahun ini yang bekerja dalam sektor Kerajaan kerap keluar tiga minit lebih awal sebanyak 26 kali. Tak nak ketinggalan punya pasal, sanggup…

Dalam satu sidang media, empat orang ketua jabatan tempat lelaki itu bertugas mengeluarkan permohonan maaf dan menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak beramanah.

“ Kami kesal perkara ini berlaku di jabatan ini. Ia tidak boleh diterima dan kami memohon maaf,” kata salah seorang pegawai mewakili jabatan terbabit.

Walau bagaimanapun, tindakan tegas itu menerima kritikan netizen di media sosial yang berpendapat keluar awal tiga minit bukan satu isu besar.

SGMS Faida