Trending By: Aisyah Badrul August 10, 2020 @ 3:00pm

Genting Resort World Tawar Tempat Menarik, Perkenal SOP Baharu

Berita baik untuk korang yang ingin makan angin ke Genting Highlands!

Seperti yang sudah kita sedia tahu, penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia pada mutakhir ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan orang ramai untuk keluar rumah dan pergi ke kawasan yang terbuka.

Namun korang tidak perlu risau,pihak Genting World telah menyahut baik seruan kerajaan dalam mematuhi SOP ketika berada di sini. Orang ramai boleh mengunjungi Genting Higlands dengan selamat dengan adanya perlaksanaan ‘norma baharu’.

Untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar, pihak Genting World telah merancang semula proses yang komprehensif dan meningkatkan standard keselamatan seperti memastikan kawasan lalu lintas pelanggan tidak terlalu sesak dan sebagainya.

Pihak Genting juga turut mendorong orang ramai untuk membeli tiket dalam talian sahaja. Selain itu, orang ramai diminta untuk memuat turun aplikasi MySejahtera untuk memudahkan pengimbasan kod QR di pintu masuk semua kedai dan tempat di sini.

Sebelum memasuki kawasan taman tema Genting,orang ramai diminta untuk memeriksa suhu dengan menggunakan kamera infamerah imbasan suhu. Pengunjung yang melebihi 37.5 darjah tidak akan dibenarkan masuk dan akan dibawa ke ruangan menunggu untuk mendapatkan bantuan perubatan selanjutnya.

Di samping itu, setiap pintu masuk atau beberapa tempat akan dilengkapi dengan hand sanitizer bagi memudahkan pengunjung membersihkan tangan sebelum memasuki sesebuah tempat.

Sudah pastinya semua pekerja Resorts World Genting juga turut mematuhi prosedur operasi standard dengan memakai topeng dan sarung tangan di tempat kerja. Orang ramai juga diminta memakai topeng ketika memasuki taman tema.

Resorts World Genting juga sentiasa mengamalkan pematuhan SOP dengan cara melakukan pembasmian kuman dan bakteria di sekitar kawasan taman tema, di sekitar kawasan gerai-gerai di taman tema, kedai runcit dan sebagainya.

Dalam usaha untuk memastikan keselamatan para pengunjung, Resort World Hotel juga telah memperkenalkan sistem QR di pintu masuk bilik hotel.

Untuk info lanjut tentang Resort World Genting, korang boleh layari laman web rasmi.

rwgenting.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Mar 2020
Trending Tue, 13 Oct 2020
Featured Wed, 13 Sep 2023