Categories: Trending

“Sis Memang Idola”- Kenapa Gadis Ini Digelar Phoenix Malaysia?

Siapa sangka walaupun wanita ini berketerampilan ayu dengan memakai hijab, namun pemilik nama  Nor Diana berusia 19 tahun ini semakin mencipta nama apabila berjaya menjadi ahli gusti wanita pertama berhijab di Malaysia. 

Nor Diana ‘Phoenix’  berjaya  memenangi gelaran Wrestlecon Champion Malaysia Pro Wrestling (MYPW) setelah menceburi dunia gelanggang gusti sejak 3 tahun lalu. 

Pakai Topeng Sorok Identiti Sebenar

Sebelum memberanikan dirinya untuk muncul menunjukkan wajahnya yang sebenar Diana memakai topeng ketika beraksi di gelanggang pertandingan. Beliau akhirnya mendedahkan ‘identiti’ dirinya pada tahun 2008. 

“Saya memang nak bergusti tanpa perlu memakai topeng, tapi takut pada cakap-cakap orang berkenaan wanita bertudung bergusti.”

“Sebenarnya semuanya satu kejutan. Mereka maklumkan sebulan sebelum acara yang saya perlu buka topeng. Tak sangka ianya secepat ini dan saya juga tak beritahu saya mahukannya.”

Dedah Wajah Sebenar Sewaktu Pertandingan Di Singapura

“Pertarungan pertama saya buka topeng di Singapura di SPW: Ladies Night (Singapore Wrestling). Ketika nama Phoenix diumumkan, ada segelintir terkejut yang saya sudah tidak bertopeng dan juga bertudung. Saya mengejutkan ramai orang, sejak itu, tak lagi bertopeng ketika bertarung.”

Bukan calang-calang bakat dan kejayaan gadis genit ini,  macam ni la baru woman empowermentKecil-kecil cili padi tapi siapa sangka bila di gelanggang menjadi ‘cili’ yang berbisa. Kagumnya tengok kehebatan Diana!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”