Sunting Gambar Lama Dengan Bekas Suami, Bella Dally Naik Angin?

Pelakon Bella Dally meluahkan rasa kecewa apabila gambar perkahwinan dengan bekas suami, Nazim Othman digunakan dalam sebuah drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd milik Sheila Rusly.

Menerusi laman Instagramnya, Bella memaklumkan tindakan itu sebagai tidak menghormati hak peribadinya.

“Saya menerima banyak DM dan mesej daripada rakan-rakan, keluarga dan peminat berhubung isu ini

“Saya tahu pasti anda semua juga tertanya- tanya soalan mengapa pihak produksi tetap meneruskannya?

“la perbuatan yang seakan tidak menghormati dan tidak boleh diterima,” tulisnya.

Bella meluahkan rasa tidak puas hati itu menerusi posting yang dimuat naik Instagram

Bagaimanapun aktres itu menjelaskan sudah menghubungi Sheila dan perkara itu sudah diselesaikan dengan baik

“Saya tidak berpuas hati jadi saya menghubungi kak Sheila secara peribadi.

“Dia dan prop master sudah pun memohon maaf dan saya juga telah memaafkan mereka kerana manusia tak pernah terlepas melakukan kesilapan.

“Cuma saya harap selepas ini mana-mana pihak tidak mengambil mudah dan mengambil kesempatan,” tulisnya

Terdahulu, drama ‘Silang’ lakonan Nazim Othman sebagai Amir dan Emma Maembong sebagai Dura menjadi buah mulut netizen apabila sebuah babak memaparkan gambar perkahwinan mereka sebenarnya hanya suntingan menggunakan foto perkahwinan Nazim dan Bella Dally. .

Nazim dan Bella sebelum ini pernah berkahwin iaitu pada 10 September 2016 dan bercerai pada 2 Mei 2018.

Sumber : Harian Metro

SGMS Enal