Categories: Trending

“Tolong!!!!Panas!!!!”- Saksi Lapor Jeritan Nyaring Zulfarhan Ketika Ditekap Seterika

Kes perbicaraan  Zulfarhan Osman kembali diteruskan setelah hampir dua tahun tragedi kematiannya berlaku. Kematian pelajar UPNM yang juga Pegawai Kadet Laut berusia 21 tahun itu dibicarakan pada prosiding perbicaraan hari ke-12, Khamis.

Terbaru, saksi kejadian utama yang melihat perbuatan kejam yang membawa kepada kematian Zulfarhan dipercayai melakonkan semula babak pemuda itu didera ketika proses prosiding perbicaraan berlangsung.

Ahmad Senabil Mohamad ,22 tahun  saksi utama melakonkan detik Zulfarhan didera dengan  menjerit “tolong!!! panas!!! ketika dirinya ditekap dengan seterika sehingga menyebabkan 80 peratus badan mangsa melecur. 

Rontaan dan jeritan nyaring Zulfarhan Osman turut kedengaran di blok  sepanjang didera dan ditekap dengan seterika, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar 4 pagi sehingga waktu subuh di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM pada 22 Mei 2017.

Enam suspek utama pelajar UPNM bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan mangsa akibat salah faham. Zulfarhan Osman dituduh mencuri laptop peribadi milik kawannya sebelum dibuli dan didera dengan seterika berwap sehingga akhirnya meninggal dunia. 

Pertuduhan terhadap suspek utama dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mandatori jika sabit kesalahan

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 16 Ogos.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”