Categories: Trending

Golongan Wanita Bakal Nikmati Bantuan Secara Menyeluruh

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun memaklumkan bilangan golongan sasar yang layak memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kelulusan tahun depan dijangka mencatat peningkatan.

Ini kerana, kerajaan berhasrat memperkasakan wanita melalui program keusahawanan berdasarkan peruntukan RM95 juta pada Belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini.

Sumber : Google

Termasuklah, memastikan lebih banyak program usahawan secara e-perdagangan  dilaksanakan.

“Ini pasti dapat membantu mereka dari segi perniagaan dalam talian kerana dalam suasana Covid-19 masih berleluasa, ramai yang tinggal di rumah,” 

Kenaikan elaun bulanan

Katanya, bantuan akan diberi secara berterusan selagi mereka layak dari segi kriteria dan ketika ini, bilangannya sudah mencecah lebih 400,000 orang.

“Setiap kali kita turun padang dan lihat sendiri rakyat sakit dan terlantar, bantuan diperuntukkan dalam RM350, tetapi hakikatnya, keperluan mereka lebih tinggi daripada itu, termasuk jika perlu memberi susu khas.

“Justeru, wujud keperluan menaikkan kadar elaun bantuan kewangan seiring perkembangan semasa,” katanya.

Peruntukkan RM50,000 setahun

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) juga akan dilaksanakan di setiap kawasan ahli parlimen untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Untuk itu, lebih ramai sukarelawan diperlukan untuk menjaga kebajikan warga emas atau orang kurang upaya (OKU) dengan kenaikan elaun sehingga RM400.

“Dengan lebih ramai sukarelawan, kita boleh menggembleng usaha mengelak warga emas dimasukkan ke institusi penjagaan, sebaliknya gembira kekal di rumah dengan dibantu golongan ini,”

Manakala, peruntukan RM21juta untuk penubuhan Pusat Sokongan Sosial Setempat menawarkan pelbagai khidmat kepada wanita yang memerlukan.

Dan, dana khas RM30 juta bagi pembinaan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan kerajaan dan RM20 juta untuk kemudahan itu di sektor swasta sekaligus bakal mengubah landskap penjagaan kanak-kanak dari segi capaian kemudahan.

Sumber : Berita Harian

Salma Syahbuddin