Categories: Trending

Gurindam Lebaran Poova Dalam ‘Bersama Di Hari Raya’

Penyanyi Poova, kembali memeriahkan bulan Ramadan pada tahun ini dengan menyanyikan semula lagu ‘Bersama Di Hari Raya’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan adik-beradik terkenal 80-an, Cenderawasih.

Menurut Poova, ini merupakan pengalaman pertamanya menyanyikan lagu Raya.

“Sebenarnya sudah lama Poova teringin menyanyikan lagu sebegini bagi memeriahkan bulan puasa dan sebagai persediaan menyambut Hari Raya yang bakal diraikan kelak,” katanya.

Menurut pemenang trofi Artis Baru Terbaik dan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik Ke-21 (AIM21) pada 2014 ini:

“Poova sengaja memilih Bersama Di Hari Raya kerana ingin mengembalikan nostalgia zaman-zaman dulu di mana penyanyi bukan Melayu turut menyanyikan lagu Raya, dan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana mencadangkan lagu ini.

“Selain itu, Poova turut menyanyikan lagu tersebut dengan cara yang tersendiri namun masih mengekalkan identiti asalnya,” tambahnya lagi.

Menurut Joe Saiful, selaku Pengasas JoePRC International:

“Saya nampak kekuatan vokal yang ada pada Poova sebagai seorang penyanyi yang versatil, jadi saya cadangkan mengapa tidak beliau menyanyikan lagu Bersama Di Hari Raya oleh kumpulan Cenderawasih, disamping mengimbau kenangan lalu di mana ramai penyanyi bukan Melayu yang menyanyikan lagu-lagu Raya,” katanya.

Pooa turut berharap semua terhibur dengan dendangan Bersama Di Hari Raya yang Poova bawakan dan semoga kita dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Padin