Categories: Trending

Cikgu Hayati terus mengajar di laman Youtube walaupun sudah kembali menemui Ilahi

 

Jasa dan pengorbanan seorang guru tiada tandingannya.

Kisah seorang guru Matematik Tambahan, Hayati Aini Ahmad atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hayati, menjadi tular dan mendapat komen positif netizen apabila video yang memaparkan sesi pengajarannya terus memberi manfaat kepada ribuan pelajar walaupun beliau kembali ke rahmatullah 11 Mac lalu.

Bak kata pepatah, ular yang menusur akar tidak akan hilang bisanya, beliau membuktikan pemergiannya tidak bermakna ilmu yang ada dibawa bersama-samanya, sebaliknya legasi beliau tetap kukuh melalui video yang dimuat naik dalam Youtube.

Foto: Youtube

Ketika hayatnya, walaupun sedang bertarung nyawa melawan barah payudara yang dihidapi, beliau tetap memuat naik video pengajarannya ke laman berkenaan.

Selain itu, beliau juga memuat naik video yang dihasilkan dalam media sosial Facebook bagi memastikan pelajarnya dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai mata pelajaran Matematik Tambahan.

Beliau menghasilkan lebih 300 video mengenai mata pelajaran terbabit meskipun disahkan menghidap barah payudara sejak 2017.

Suaminya, Abdul Jalil Daud, beranggapan bahawa video yang ditinggalkan di Youtube isterinya itu harus dimanfaatkan oleh semua pihak.

“Beliau sering mementingkan keperluan orang lain berbanding dirinya sendiri dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya.

Sejak September 2018, beliau mula terlantar sakit dan meninggalkan insan tersayang pada 11 Mac lalu.

Sumber: Says

tex_admin