Categories: Trending

Indonesia Dilanda Tsunami Lagi, Kali Ini Di Banten Dan Lampung

Malam tadi sekali lagi Indonesia dikejutkan dengan kehadiran tsunami yang menghampiri Selat Sunda pada jam 9.27 malam.

Setakat ini, pihak Badan Bencana Nasional Indonesia berpendapat bahawa fenomena itu disebabkan oleh kegelinciran plat bawah laut akibat ledakan gunung berapi Krakatau.

Walau bagaimanapun, Sutopo Purwo Nugroho selaku Ketua Pusat pada awalnya menyangka ia hanyalah sekadar air pasang.  Namun, pagi ini beliau dalam status Twitter miliknya mengesahkan bahawa kejadian gelombang malam tadi adalah disebabkan oleh tsunami.

Setakat ini, laporan mendapati seramai 20 orang penduduk berdekatan meninggal dunia, 165 orang telah cedera dan 2 lagi hilang dipukul ombak.

Menurut Sutopo, data korban mungkin akan terus bertambah sepanjang operasi menyelamat dijalankan. ratusan rumah dan bangunan rosak teruk akibat tsunami itu yang berlaku tanpa amaran di sepanjang Selat Sunda, lewat semalam.

Menurut media, penduduk pesisir pantai tidak melaporkan melihat atau merasakan sebarang petanda air surut atau gempa bumi, sebelum ombak setinggi dua hingga tiga meter melanda. – Reuters

 

SGMS Enal