Trending By: Salma Syahbuddin May 26, 2021 @ 1:21pm

Ini 7 Senarai Bantuan & Inisiatif Baharu Buat Rakyat Wilayah Persekutuan

Terdapat 7 inisiatif baharu yang dilaksanakan di bawah Inisiatif Wilayah Cakna  5.0 yang telah diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pada Selasa.

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memberikan bantuan bagi meringankan beban warga wilayah persekutuan ketika ini dalam mendepani krisis Covid-19.

Berikut merupakan 7 inisiatif baharu dan bantuan yang telah diumumkan semalam.

  1. Saringan Covid-19 komuniti secara bersasar PERCUMA
  • kepada 20,000 orang warga emas dan kumpulan rentan di kawasan PPR/PA DBKL dan Kampung Tradisi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2. Pemantauan dan penguatkuasaan SOP

  • Di kawasan hotspot dan tumpuan orang ramai oleh KL Watch

3. Vaksinasi Percuma – Gelandangan di sekitar Kuala Lumpur

  • Kepada gelandangan di Wilayah Persekutuan secara berperingkat

4. Vaksinasi Percuma – Warga Emas/ Golongan Rentan

  • Kepada 20,000 warga emas dan kumpulan rentan di lokasi yang terpilih. (Menggunakan trak vaksin bergerak).

5. Inisiatif wilayah bebas berniaga

  • Skim wilayah bebas beniaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021
  • Mohon lesen percuma buat peniaga di Kuala Lumpuur, Putrajaya dan Labuan.

6. Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota

  • 50 ruang perniagaan harian di lorong Tunku Abdul Rahman ditawarkan kepada golongan belia

7. Kelas digital SPM-YWP

  • Tuisyen online percuma kepada 20,000 calon SPM 2021 di wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 1 Jun 2021.

Terdahulu, Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan 16 inisiatif di bawah Wilayah Cakna yang memberi bantuan berupa kewangan kepada orang awam.

 

Sumber : kwp.gov.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Dec 2023
Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Trending Sun, 8 Dec 2019

Eropah Bakal Terima Gelombang Panas Melampau Setiap Tahun

Eropah bakal berhadapan dengan gelombang panas melampau setiap tahun dan kehilangan separuh daripada hasil tuaian pada masa depan kecuali terdapat usaha yang agresig diambil untuk mengatasi perubahan iklim. Menerusi laporan oleh agensi alam sekitar Kesatuan […]

Featured Tue, 30 May 2023
Featured Fri, 16 Dec 2022

Zack Tabudlo Mulakan Langkah Bina Nama Di Rantau Asia

Penyanyi berasal Filipina, Zack Tabudlo makin dikenali dengan lagu berjudul Pano. Lagu ini mencipta fenomena tersendiri di negara asalnya lalu menular ke negara jiran Indonesia dan akhirnya sampai ke negara Malaysia. Pano adalah bukti negara […]

Trending Tue, 29 Sep 2020

Dua Lagi Pelajar Disahkan Positif Covid-19

Langkah keselamatan perlu ditingkatkan

Featured Fri, 25 Mar 2022