Trending By: Ad Ops February 15, 2019 @ 11:00am

Wanita ini membuat video ulasan mengenai sabun mandi dengan menghisapnya seperti gula-gula!

Semakin ramai individu kreatif kini berminat untuk membuat video ulasan mengenai produk pilihan mereka.

Juga dikenali sebagai product review videos, ia boleh menampilkan pelbagai produk, seperti barangan alat solek, restoran dan kafe, barang mainan serta muzik.

Tetapi, rasanya sebelum ini belum pernah lagi ada insan yang membuat ulasan mengenai sabun mandi, terutamanya dengan menggunakan deria rasanya!

Mungkin itulah sebabnya hantaran seorang wanita dari Indonesia terus tular. Dia mengulas mengenai pelbagai jenama sabun mandi yang berlainan dengan merasa produk itu menggunakan lidah!

Dikenali sebagai Khosik Assyifa, wanita ini memuat naik beberapa video yang menunjukkan dirinya menjilat dan menghisap sabun mandi seolah-olah benda itu ialah gula-gula besar!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Enak banget ????????????

A post shared by Khosik Assyifa (@khosikmubarok) on

Mula-mula beliau akan meramas sabun itu dengan tangannya yang basah sehingga mengeluarkan buih. Beliau kemudiannya akan menghirup buih sabun yang tampak berkrim itu!

Dalam kebanyakan videonya, sabun yang dijamahnya itu tampak amat sedap baginya dan kerana terlalu asyik, Khosik hanya boleh menuturkan “Mmm, lazat.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sabun lifebuoy…

A post shared by Khosik Assyifa (@khosikmubarok) on

Perbincangan mengenai sama ada sabun mandi selamat untuk dimakan atau tidak sudah lama ada.

Menurut Go Ask Alice, pasukan pakar perubatan dari Universiti Columbia, sabun secara umumnya tidak bertoksik dan tidak mungkin akan menyebabkan keracunan.

Bagaimanapun, anda tidak sepatutnya memakan sabun dalam kuantiti yang besar kerana ia boleh menyebabkan saluran penghadaman tersekat atau rosak.

Seorang netizen daripada laman web rujukan kajian saintifik The Naked Scientist pula mengingatkan yang sabun berciri alkali dan mempunyai nilai pH yang tinggi.

Dengan memakannya, sabun boleh meneutralkan jus penghadaman yang berasid dalam usus anda, sehingga boleh mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan efisien.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hayoooo siapa kemaren yang request sabun GIV???? Ini mulut orang yang kerjaan nyinyir harus di sabun sampai berbusa….

A post shared by Khosik Assyifa (@khosikmubarok) on

Jadi walaupun apa yang dilakukan Khosik itu tidak dikategorikan sebagai merbahaya, janganlah ikuti jejak langkahnya dan cuba untuk merasa sabun mandi anda pula!

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 Apr 2020
Featured Wed, 15 Jun 2022

Jual Gambar Lucah Di Media Sosial, Lelaki Ini Bakal Berdepan Hukuman Penjara & Denda RM 50,000 Jika…

Ishhhh…. macam ni pun ada? Baik jual tauhu begedil ke, kek lapis ke….

Trending Fri, 8 Jan 2021
Featured Fri, 10 Jun 2022

Rumah Bonda Saman JKM WPKL, Mohon Rumah Perlindungan Dibuka Semula

Alamak! Bila dah daftar baru lah boleh buka sis….Kena lah ikut prosedur

Featured Thu, 26 Jan 2023

Sebak Kenang Nasib Ibu Saudara, Ahli Keluarga Isteri Pertama Zainal Abidin Hassan Buka Mulut

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – ahli keluarga

Hiburan Wed, 13 Sep 2023