Trending By: Syafiqa Irdina April 10, 2020 @ 12:24pm

“Ini Saja Yang Saya Dan Anak-Anak Mampu” – Permaisuri Agong Dan Keluarga Sumbang Katil Lipat Buat Petugas Hospital

Daulat Tuanku!

Dalam usaha kita memerangi wabak virus novel korona ini, dilihat ramai individu dan rakan artis yang menghulurkan bantuan membantu petugas barisan hadapan serta mereka yang berdepan kesempitan hidup akibat wabak ini.

Tidak terlepas juga, bantuan daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan keluarganya yang telah menyumbang katil lipat kepada para doktor, jururawat dan petugas hospital untuk keselesaan mereka.

Junjung Kasih Tuanku

Menerusi video yang dimuat naik oleh baginda di laman media sosial Instagram miliknya semalam, dilihat wakil dan kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan mengucapkan ribuan terima kasih buat keluarga Tuanku atas sumbangan yang diterima.

“Kami pasukan petugas Hospital Tengku Ampuan Afzan merakamkan ucapan menjunjung kasih tuanku di atas kurniaan ini. Junjung kasih Tuanku,” wakil pihak Hospital.

Post yang menerima lebih 15 ribu tanda suka setakat ini nampaknya dibanjiri dengan komen dan pujian rakyat Malaysia yang mengagumi sifat murni keluarga Tuanku.

Semalam dilaporkan juga Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah selesai menjalani kuarantin diri selama 14 hari dan disahkan bebas COVID-19.

Alhamdulillah, diharapkan lebih ramai lagi yang memberikan bantuan mengikut kemampuan masing-masing kepada mereka yang pendapatannya terjejas akibat wabak ini.

Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerimanya. InshaaAllah sama-sama kita bersatu dalam saat-saat getir ini.

Kredit: Instagram Tuanku Azizah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Featured Thu, 1 Dec 2022

Pihak Produksi Hanya Bayar Separuh, Ibu Wafariena Ambil Tindakan Undang-Undang

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik

Trending Tue, 30 Jan 2024

Fathia Latiff Dedah Punca Dendam Dengan Zahirah Macwilson & Aiman Hakim?

Allahu kalau kena kat diri sendiri pun sedih diperlakukan macam tu..

Trending Fri, 8 Jan 2021