Featured By: Halimey Zamal December 16, 2022 @ 5:36pm

Zack Tabudlo Mulakan Langkah Bina Nama Di Rantau Asia

Penyanyi berasal Filipina, Zack Tabudlo makin dikenali dengan lagu berjudul Pano.

Lagu ini mencipta fenomena tersendiri di negara asalnya lalu menular ke negara jiran Indonesia dan akhirnya sampai ke negara Malaysia.

Pano adalah bukti negara Malaysia menerima baik lagu asing khasnya dari Asia yang membawa kepada aneka produk budaya pop untuk diperkenalkan.

Pano bermaksud ‘bagaimana’ dalam Bahasa Filipina dan lagu ini menjadi hangat di media sosial TikTok.

Menurut Zack, dia berharap agar peminat-peminat yang baru mengenalinya untuk mendengar lagu baharunya yang akan dikeluarkan pada masa hadapan.

“Saya berharap mereka akan mendengar lebih banyak lagu baharu saya di masa hadapan. Apa yang pasti ia lagu yang lebih menyeronokkan berbanding Pano dari segi gaya dan genre untuk mereka nikmati sambil berhibur,” kata Zack.

Sementara itu, Zack telah mencipta sebuah kumpulan nyanyian bernama Gravity dengan beberapa ahli yang lain.

Gravity pernah mengeluarkan sebuah lagu berjudul Imposible yang mengisahkan tentang cinta yang tidak berbalas dengan rentak yang sangat menghiburkan.

Umum mengetahui Pano adalah sebuah lagu cinta yang berkenaan kisah hati yang patah gara-gara kekejaman pasangan yang memutuskan hubungan percintaan.

Lagu ini menjadi hit dalam kalangan pecinta muzik kerana mesej yang ingin disampaikan sangatlah dekat dengan generasi kini yang mudah menjalinkan hubungan percintaan.

Zack juga percaya biarpun dirinya masih berpijak di bumi yang nyata, dia tetap berpegang teguh akan pendiriannya iaitu ingin menakluki dunia melalui muzik.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Dec 2019

“Kulitnya Masih Melekat Di Baju”

Ibu Bapa Kecewa, Pihak Tadika Tak Bagitahu Anak Melecur Sup Panas

Hiburan Mon, 31 Jul 2023
Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Featured Fri, 4 Nov 2022
Trending Wed, 9 Oct 2019

Neeta and Hanbyul Hugging Made Netizens Uncomfortable

Netizens got weird out by Neeta and Hanbyul hugging, but didn’t bat an eye when Muslim actors and actresses do so in dramas.

Trending Mon, 20 Jul 2020
Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Jerebu Oh Jerebu…Zed Zaidi ‘Hentam’ Menteri?

Susulan masalah jerebu yang semakin menyesakkan nafas, pelakon Zed Zaidi terpanggil untuk meluah perasaan mengenai isu ini. Bingung dengan situasi sekarang, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ini menyelar pihak Kementerian Pendidikan yang masih belum mengeluarkan […]

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Shukri Yahaya Seronok Jadi Pelumba ‘Halal’

Tipsnya, tenang dan sabar. Kalau gelabah…memang terbabaslah jawabnya kan?

error: Content is protected !!