Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina April 28, 2020 @ 3:00pm

Ini Amalan Yang Boleh Dilakukan Wanita Ketika Haid Di Bulan Ramadan -Mufti WP

Buat kaum wanita, keadaan haid di bulan Ramadan tidak menghalang korang untuk terus melakukan amalan bagi memperoleh ganjaran dalam tempoh tersebut.

Bahkan terdapat banyak amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam keadaan haid.

Baca dan ikuti amalan wanita ketika haid di Bulan Ramadhan berdasarkan Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadan Siri Ke 136 : Amalan Wanita Haid Di Bulan Ramadan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini.

Banyakkan Sedekah

Seperti yang diketahui, amalan sedekah di dalam bulan Ramadhan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu akan suci dari sebarang hadas. Justeru, seseorang wanita meskipun berada dalam keadaan haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini di dalam bulan Ramadhan dengan kadar yang termampu.

Banyakkan Doa & Zikir

Bagi orang perempuan yang haid, mereka digalakkan untuk membaca doa-doa dan juga zikir-zikir semasa berada di dalam bulan Ramadhan. Antaranya adalah seperti yang dianjurkan dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata:

Maksudnya: Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa ? Maka kata Nabi S.A.W: ‘’Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’.

Memberi Makan Kepada Orang Berbuka

Jangan risau, boleh juga bagi orang yang dalam keadaan haid untuk memberikan makanan kepada mereka yang berbuka puasa. Hal ini antara perkara yang mendatangkan pahala yang besar kepada pelakunya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun. -Riwayat Al-Tarmizi.

Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama.

Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Aug 2024
Featured Mon, 8 May 2023

Hati Berbolak Balik, Linda Hashim & Beego Tak Jadi Cerai Berkat Bulan Ramadan

Semoga ikatan perkahwinan Beego & Linda kekal hingga akhir hayat

Trending Tue, 20 Oct 2020
Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Lakonan ‘Savage’ Puteri Balqis Dipuji Ramai – “Gaya Marah Tu Macam Janna Nick”

Fuhhhh! Puteri Balqis buat comeback gaiss 🤩🤩🤩 Mantap lakonan savage Aqish, min luvvvvv 🥰 Lantang tapi sangat zasss 🥵🥵

Featured Wed, 22 Feb 2023
Featured Mon, 28 Apr 2025

Aazief Khalid Akhirnya Selamat Bertunang

Majlis pertunangan itu diadakan dalam satu majis tertutup.

Featured Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] “Sekarang Pilih, Nak Saya Atau Amira Dijadikan Menantu?” – Erma Fatima Sakat Ibu Fattah Amin

Erma kelihatan mesra duduk bersebelahan dengan ibu aktor popular, Fatah Amin iaitu  Azizah Abdul Ghani sambil melihat balang kuih yang baru sahaja diterima.

Trending Fri, 30 Mar 2018

女荒野中被求婚哭了!抬头却见父举「说不」

美国内华达州女子艾利森在一望无际的荒野大草原上,见男友单膝下跪求婚,感动瞬间飙泪,但她抬头却看到远方的父亲举着「说不」​​的牌子,立刻破涕为笑。

error: Content is protected !!