Trending By: Padin January 19, 2021 @ 1:33pm

Ini Komen Khai Bahar & Aina Abdul Bila Ada Peminat Kurang Gemar Dengan Lagu Duet Mereka

Paduan suara penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul dalam sebuah lagu duet baharu, Nafas Cinta mendapat pelbagai respons peminat.

Ramai yang menggemari gandingan terbabit, tetapi ada juga peminat yang kurang berkenan dengan duet Khai dan Aina.

Malah, ada peminat membandingkan paduan suara mereka dengan lagu duet Khai sebelum ini bersama penyanyi Siti Nordiana.

Menerima segala komen dengan berlapang dada, Khai sedar dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

“Sejujurnya, saya menerima pandangan itu dengan hati terbuka. Saya sedar yang kami tidak boleh buatkan hati semua orang puas.

“Ada yang suka, ada yang tak suka, itu perkara normal. Sebelum ini, ramai sahaja penyanyi atau pelakon lain yang pernah berada dalam situasi sama. Apabila gandingan mereka digemari kerana keserasian, ramai yang harap mereka disatukan.

“Sehingga bila ada antara mereka yang bergandingan dengan selebriti lain, mereka kurang suka dan rasa tak sesuai. Semua orang ada pendapat, tak betul dan salah pun.

“Saya sendiri tak mahu ambil kisah dan hanya berusaha sehabis baik. Gandingan ini sekadar kerja dan saya harap dapat diterima orang ramai dengan positif,” kata Khai ketika sidang media virtual Nafas Cinta yang diadakan baru-baru ini.

Sebelum ini, gandingan Khai bersama penyanyi Siti Nordiana menerusi lagu dan drama Satukan Rasa menerima sambutan peminat sehingga ada yang berharap mereka menjalin hubungan cinta di dunia realiti.

Jelas Aina pula, dia berharap gandingan mereka dapat memberikan kelainan dan diterima peminat muzik.

“Sama seperti Khai, saya akui semua orang mempunyai pendapat tersendiri. Dengarkan Nafas Cinta kerana kami menampilkan kelainan dalam lagu ini.

“Sesi promosi lagu ini berjalan dengan lancar dan saya bersyukur kerana mendapat rakan duet seperti Khai. Kami tak menyimpan sebarang rasa antara satu sama lain dan gandingan kami atas dasar kerja.

“Saya harap lagu ini mendapat respons baik ramai dan diterima oleh peminat saya bersama Khai, Insya-Allah,” kata Aina pula.

Lagu Nafas Cinta boleh dilayari di semua platform digital dan video muzik boleh ditonton menerusi YouTube Aina Abdul.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Mar 2021

Nama Hangat Dek Percikan Kontroversi, Dai’ Syed Ambil Kesempatan?

Nama pendakwah selebriti, Dai’ Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, hangat dek percikan kontroversi. Biarpun melibatkan isu negatif, sedikit sebanyak perkara terbabit menaikkan serta mempopularkan nama Syed. Selepas melancarkan single […]

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Thu, 11 Aug 2022

Sering Digandingkan Bersama, Amar Baharin Tak Kekok Berlakon Dengan Isyariana

Biarkan Ia Pergi gandingan Amar Baharin & Isyariana

Trending Wed, 23 Jun 2021

PKP 3.0 Disambung Atau Tidak? Keputusan Bakal Diumum 2 Atau 3 Hari Sebelum 28 Jun

Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bakal disambung atau beralih ke fasa seterusnya tidak akan diumumkan dalam masa terdekat. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bakal diumumkan dua atau tiga hari […]

Trending Fri, 16 Apr 2021

Nak Iftar Cara Sihat Tapi Nak Makan Nasi? Jom Semak Tips Yang Masterchef Bagi Ni!

Bila tibanya bulan Ramadan ini, mulalah nafsu makan kita akan membuak-buak dan bertambah-tambah! Selera pastinya menginginkan pelbagai jenis makanan, terutama sekali setiap kali tiba waktu berbuka puasa. Tapi sebenarnya, bulan ini merupakan peluang untuk kita […]

Featured Tue, 21 Mar 2023
Trending Fri, 7 Feb 2020

“Comel sangat roti pelangi ni, sayangnya nak makan…”

Agak-agak rasa macam Paddle Pop tak?