Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 3, 2020 @ 5:07pm

Ini Sebenarnya Fungsi Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP Yang Ramai Keliru

Isu pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP masih lagi hangat dibincangkan di media sosial oleh wargamaya. 

Ramai yang bersetuju dan mengharapkan agar mereka dapat mengeluarkan caruman daripada Akaun 1.

Buat korang masih lagi keliru dengan fungsi kedua dua akaun ini. Jom kita check thread dekat bawah ni!

KWSP ini dibahagikan kepada dua akaun. Caruman yang anda dapat setiap bulan daripada majikan akan dibahagikan kepada 70:30. 

Mengikut kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja : dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikannya. Bersamaan: 

Akaun 1 = 70% daripada caruman bulanan daripada majikan.

Akaun 2 = 30% daripada caruman bulanan daripada kita sendiri.

Akaun 1

Simpanan di dalam Akaun 1 ini adalah bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan sahaja. Jadi, simpanan di dalam Akaun 1 ni sama sekali tidak boleh diusik atau dalam erti kata lain tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum kita mencecah umur 55 tahun.

Disarankan agar anda meletakkan penama, jika tidak nanti waris akan mempunyai masalah untuk membuat tuntunan. Penama boleh terdiri daripada suami/isteri/ayah/ibu/anak atau individu yang kita nak wariskan harta kita.

Anda juga dibenarkan untuk melabur sebahagian daripada simpanan ini di atas kerelaan diri sendiri.

Akaun 2

Simpanan di dalam Akaun 2 pula adalah bertujuan untuk membantu kita membuat persediaan bila nak bersara.

Kalau korang nak tahu Akaun 2 hanya dibenarkan dikeluarkan dengan beberapa syarat seperti:

– Usia kita mencecah umur 50 tahun

-Membuat pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama

– Penyelesaian baki pinjaman perumahan bagi rumah pertama

– Pembiayaan pendidikan diri kita dan juga anak-anak kita.

– Menampung kos-kos perubatan diri kita dan anak-anak kita.

– Menunaikan haji (berkuatkuasa 1 Januari 2013)

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Baca artikel berkaitan: Pengeluaran Akaun 1 KWSP Perlu Dibenarkan, Keutamaan Buat B40 M40

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jun 2023

Masih Timbul Isu Bodyshaming, Isteri Kesal Tindakan Blogger Sengaja Api-Apikan Hubungan Aaron Aziz & Syamsul Yusof

Alahaiiii, kesian Datuk Aaron 🥲🥲 Sampai bila kes bodyshaming ni nak habis 🫨

Selebriti Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Tue, 6 Aug 2024
Featured Fri, 27 May 2022

Dipanggil Perempuan Sundal, Sarah Hilderbrand Nekad Bawa Diri

Betul kata Sarah tu… mentaliti manusia sekarang ni hmmmm…

Trending Thu, 25 May 2023
Trending Fri, 25 Sep 2020
#BabyXTRA Fri, 7 Apr 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang… Elak Sifat Boros!

Semoga selamat bersalin anak kedua Emma! 🥰❤️

error: Content is protected !!