Trending By: Salma Syahbuddin July 7, 2020 @ 11:42am

Senarai Kawasan Bakal Terjejas Bekalan Air Bermula 14 Julai Selain Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur & Kuala Langat

Sebanyak 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air secara berjadual bermula 14 Julai hingga 17 Julai ini.

Penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA)

Menurut Ketua Operasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abas Abdullah, gangguan itu berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3.

Kerja itu merangkumi penggantian beberapa rangkaian injap utama untuk meningkatkan kecekapan sistem dan membolehkan LRA beroperasi dengan lebih baik.

Tempoh gangguan berbeza mengikut kawasan

Selain itu, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air juga berbeza mengikut kawasan, lokasi geografi dan tahap ketinggian premis pelanggan.

” Pemulihan bekalan air ke kawasan terlibat akan bermula pada 15 Julai (9 pagi) dan kita juga membuat anggaran bahawa 48 peratus daripada semua kawasan yang terjejas akan mendapat bekalan air sebelum 16 Julai (9 pagi),” Katanya.

” Sebanyak 80 peratus kawasan yang terlibat (akan pulih) pada 17 Julai (9 pagi). Pemulihan bekalan air sepenuhnya dijangka pada hari yang sama pada jam 5 petang,”

91 lori tangki air disediakan

Abas Abdullah juga akan menggerakkan 91 lori tangki air ke kawasan terjejas dengan mengutamakan premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

” Kita juga akan membuka lapan pusat khidmat setempat (PKS) dan menyediakan enam pili air awam dari 16 dan17 Julai untuk membantu pelanggan yang terjejas,” Tambahnya.

Lokasi kawasan terjejas

Senarai lengkap kawasan terjejas dan waktu pemulihan bekalan air, lokasi PKS, pili air awam dan stesen pengisian air setempat boleh dirujuk di laman sesawang Air Selangor atau aplikasi telefon pintar.

Sumber : Air Selangor

Jadi, buat kawasan korang yang tersenarai bolehlah standby air siap-siap okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Feb 2020

Soulmate, nyanyian terakhir BCL buat Ashraf…

Ashraf Sinclair meninggal di usia 40 tahun

Trending Sat, 30 Jun 2018

Nikah Hanya ‘Ikat’ Tanda, Isteri Ketiga Masih Bersama Keluarganya

Saya mengenali isteri ketiga sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain.

Featured Fri, 7 Apr 2023
#tilljannah Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Fri, 26 Jan 2024

“Masa Dah Tak Ada Ibu, Semua Benda Boleh…” – Anak-Anak Shuib Kongsi Persamaan Watie Dengan Arwah Siti Sarah

Terubat rindu anak-anak pada ibu mereka.. Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah

Featured Wed, 7 Sep 2022