Categories: Trending

Inisiatif e-Payroll KWSP Bantu Kurangkan Kos PKS, Usahawan – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan,  inisiatif e-Payroll yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mengurangkan kos operasi dan mengoptimumkan sumber manusia sedia ada.

Kemudahan ini sekaligus membolehkan fokus PKS dan usahawan dikhususkan kepada urusan perniagaan seperti pemasaran.

e-Payroll yang diperkenalkan adalah penambahbaikan terhadap portal iAkaun (Majikan), bagi membantu dan mempermudahkan urusan tanggungjawab berkanun majikan, termasuk caruman KWSP secara digital.

Ianya juga sejajar dengan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang menyokong keseluruhan rancangan infrastruktur digital nasional.

“Inisiatif e-Payroll ini juga adalah antara medium yang menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan jaringan keselamatan sosial yang lebih komprehensif di negara ini,” katanya semasa berucap melancarkan e-Payroll KWSP secara maya pada Jumaat.

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin