Mungkin ada yang terlepas pandang atau tidak mengetahui bahawa kerajaan sebelum ini telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) bagi mengatasi masalah pemberhentian kerja dan pengangguran dalam kalangan masyarakat.
Justeru itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, MPN telah menyasarkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di bawah Program Perantisan PERKESO yang juga dikenali sebagai PenjanaKerjaya PERKESO 2021.
Program ini pula telah ditambahbaik di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan pemberian insentif sehingga RM1,000 sebulan kepada majikan untuk memberi gaji kepada belia bagi meningkatkan peluang pengambilan belia bekerja.
Insentif yang bakal diterima bagi majikan/perantis program ini seperti berikut :
Antara syarat layak memohon program PenjanaKerjaya PERKESO 2021 ini adalah :
Manakala, kriteria calon yang TIDAK layak untuk memohon adalah seperti berikut :
Untuk makluman, bagi syarikat yang terlibat perlulah berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis ini di portal rasmi MYFutureJobs dan bagi setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini wajib mencarum dengan PERKESO.
Selain itu, majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai pekerja tetap.
Permohonan bantuan belia ini juga akan dibuka dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh lah menghubungi PERKESO di talian 03-8091 5300 / 1-300-22-8000 ATAU emel kepada penjanakerjaya@perkeso.gov.my
Sumber : PERKESO
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..