Categories: Trending

Kehilangan Nenek Tersayang, Elfira Loy Kongsi Berita Duka – “Berat Nak Cerita, Tapi Untuk Elakkan Cerita Bercelaru”

Pelakon Elfira Loy berkongsi kedukaan apabila nenek kesayangannya menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.

Berita duka itu dikongsi Elfira, 27, menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.

 

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, dah selesai semua proses pengebumian nenek saya pada hari Jumaat yang mulia ini,” tulisnya.

Bagaimanapun Elfira atau lebih mesra dengan panggilan El tidak berkongsi waktu dan lokasi Allahyarhamah nenek beliau dikebumikan.

Namun, menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik oleh EL, beliau tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi mengelakkan cerita bercelaru kerana terdapat segelintir netizen yang bertanya adakah ianya berpunca dari pengambilan vaksin sebelum ini.

 “Sebenarnya berat nak cerita , belum cukup nafas nak tahan air mata ni . Tapi untuk elakkan cerita bercelaru. El ceritakan”

Menurut El, sebelum menerima suntikan vaksin, nenek El telahpun ditahan di hospital kerana pembedahan kaki dan telah duduk di hospital berkenaan kerana perlu dipantau. Dan, proses vaksin sebenarnya berjalan dengan lancar dan nenek El tidak mengalami sebarang simptom yang teruk.

“Selepas beberapa hari , it was her turn to take the vaccine. Alhamdulillah semuanya ok. Atuk tak mengalami sebarang symptom teruk.

Namun,  selepas lima hari kemudian, nenek El dan beberapa orang  di hospital berkenaan disahkan positif.

“Selepas 5 hari tak silap El , atuk disahkan positive . Disebabkan ada outbreak dalam ward. Ada berbelas orang disahkan positive.It happened, in the hospital. Puncanya dari siapa masih taktahu.”

Mengakui agak terkilan,  namun El redha dengan pemergian nenek tersayang dihari yang penuh barakah.

Salma Syahbuddin