Categories: Trending

Ismail Sabri Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri – PM

Pengumuman mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini dimaklumkan dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bertarikh 7 Julai 2021.

Perkara ini turut dimuat naik oleh Perdana Menteri menerusi hantaran dilaman Facebook nya sebentar tadi.

Bagaimanapun, menurut kenyataan tersebut, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kekal memegang jawatan  sebagai Menteri Pertahanan.

Kenyataan tersebut juga berkata, pelantikan ini juga sekaligus dapat membantu Muhyiddin dalam menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat terutamanya dalam menghadapi krisis Covid-19.

Selain itu, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan bertugas mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Dato’ Sri Ismail Sabri

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dilaporkan menghadap Yang DiPertuan Agong membabitkan beberapa pemimpin kanan UMNO.

Salma Syahbuddin