Categories: Trending

Bantuan RM100 Selama 3 Bulan Buat Keluarga Miskin Bandar, Ini Cara Semak Kelayakan

Keluarga miskin bandar di seluruh negara bakal menerima bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Program PRIHATIN Kasih ini adalah inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang  dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan oleh Yayasan Hasanah.

Penerima yang layak akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.

Elaun ini boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti :

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Kedai-kedai runcit yang terpilih

Pelaksanaan Program PRIHATIN Kasih

Program PRIHATIN Kasih ini akan dilaksanakan berperingkat mengikut negeri dan bulan iaitu :

  • Selangor dan Kuala Lumpur – Julai hingga September 2021
  • Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, dan Terengganu – Ogos hingga Oktober 2021
  • Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak – September hingga November 2021 ATAU
    Oktober hingga Disember 2021

Cara semak kelayakan

Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan melalui langkah-langkah berikut :

  1. Layari laman web apps.epetrol.com.my
  2. Masukkan No.Kad Pengenalan dan Captcha yang tertera
  3. Klik butang ‘Semak Status.’
  4. Keputusan kelayakan dipaparkan.
  5. Penerima yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka.
  6. Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Bagi mereka yang mungkin berdepan masalah untuk mengakses laman web berikut, anda boleh lah menghubungi terus MyKasih menerusi talian 03- 7720 1800 ATAU email ke info@mykasih.com. Manakala, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini, anada boleh layari www.mykasih.com.my

Salma Syahbuddin