Trending By: SGMS Putri December 29, 2017 @ 4:33pm

Isteri lari rumah akibat suami bernafsu ‘pelik’

Pelik betul nafsu si suami ni. Seorang isteri yang hamil tujuh bulan terpaksa menanggung derita selepas suaminya berulang kali memaksa dirinya mengadakan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh.

Wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya. 

“Takut dengan permintaan suaminya, wanita itu meninggalkan rumah dan meminta bantuan daripada pihak polis.

“Ini bukan kali pertama suaminya memaksa dia mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Nizam.

“Sebelum ini dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Nizam sebanyak dua hingga tiga kali.

“Dia sedang mengandung tujuh bulan apabila suaminya meminta dia tidur dengan lelaki itu pada bulan Julai,” kata Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad. 

Mangsa mendakwa suaminya akan terangsang dengan melihat mereka melakukan seks dan kemudiannya akan mengadakan hubungan seks dengannya.

Jelasnya, Nizam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tidur dengannya.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk penilaian perubatan.

“Kami menahan Nizam di kedai mainan di Chow Kit pada hari Isnin, manakala suami wanita itu ditahan di rumah pasangan itu di Taman Daya Kepong. “Kedua-dua lelaki itu ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan,” kata Ali.

Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

sumber : Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 31 Dec 2022

Baju Koyak El Azman Dikecam! Netizen Datang Back Up, Siap Dedah Harga Sebenar – “Aku Google, Baju Tu RM4,000”

Usahawan terkenal, El Azman dikecam netizen kerana mengenakan baju ‘koyak rabak’ jenama Balenciaga. @elazman Replying to @Pokyie ♬ Ya Allah – Wali Menerusi video yang dikongsikan oleh El di TikTok, terdapat warganet yang cuba mempertahankan […]

Featured Fri, 5 Aug 2022

Insulin Kosong Dalam Badan, Ako Mustapha Dikejar Ke ICU

Semoga Ako diberikan kesembuhan dengan segera. Jangan lupa makan ubat okay 😊

Featured Fri, 8 Apr 2022
Trending Thu, 23 Aug 2018

Grisly End to Superbiker After Being Dragged by Car for 2km on Highway

The freak accident is definitely not a nice way to go.

Trending Wed, 27 Dec 2017

Saya Dilayan Seperti Hantu Selepas Disemadikan

Mati tujuh bulan kemudian yang balik ke rumah adalah “Hantu” , jadi yang mana satu ni?