Kes Mahkamah By: Atiqah Johari February 19, 2024 @ 9:53pm

Isu Cucu Penyanyi Popular Didakwa Cabul Sepupu, Ibu Tertuduh Tampil Beri Kenyataan – “Kita Ada Law, Ada Hospital Untuk Check Semua”

Sebelum ini, tular dakwaan yang menyatakan cucu lelaki kepada seorang penyanyi popular era 70-an mencabul sepupu perempuan yang masing-masing berusia 17 tahun.

Artikel Berkaitan: Cabul Sepupu Sama Umur, Cucu Penyanyi Popular Didakwa Di Mahkamah

Susulan itu, memetik temu bual Melodi TV3, ibu kepada remaja lelaki tersebut tampil memberi kenyataan ketika di temui di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Februari lalu.

“Alhamdulillah, kita kan ada undang-undang. Kadang kita tak tahu tau bila benda nak jadi. Orang boleh je nak buat apa-apa yang diorang nak. Tapi, sebab kita ada undang-undang, kita ada hospital kita boleh check every single thing kan.

“So far Alhamdulillah tak ada apa-apa yang macam mana diceritakan sebelum ini. Bukan nak cakap sokong anak, salah kita akan salahkan tapi kalau anak kita tak bersalah kita sebagai mak akan lawan untuk dia.

“Cerita lebih pun saya tak boleh sebab dah ada peguam kan. InsyaAllah kebenaran akan keluar satu hari nanti. Sekarang semua berjalan lancar.

“Sebagai ibu, saya akan sokong dia. Ya lah, hidup harus diteruskan walau apapun terjadi. Bagi saya, kalau kau tak buat kenapa kau nak takut? Kau kena hadap juga mungkin ini dugaan hidup kau sekarang. Even family banyak sokong dia lagi-lagi dia tengah SPM kan. Family banyak bagi dorongan,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan ibunya yang turut terpalit dengan kontroversi ini, anak penyanyi tersebut menyatakan ibunya dalam keadaan baik sahaja.

“Ibu dia memang baik. Bukan sahaja nenek, mak cik, mak semualah dia tahu kalau betul cucu dia bersalah dia akan marah. Tapi, dia sendiri tahu benda ni tak ada macam mana orang cakap dan dia pun tahu benda tu tak wujud pun. Bagi dia, nothing yang dia nak kena rasa takut sebab dia pun memang duduk sebelah-sebelah,” ujarnya lagi.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Usia Kandungan Hampir Cecah 38 Minggu, Mia Ahmad Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad berkongsi perjalanan kehamilan anak ketiganya di laman Instagram, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Mia memberitahu bahawa usia kandungannya hampir mencecah 38 minggu dan kini dia berasa letih serta resah. Disebabkan oleh […]

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Featured Mon, 9 Aug 2021

“Akak Bagi Free Je, Awak Adik Akak” – Dedah Perbualan Dengan Siti Sarah, Uqasha Senrose Terkilan Hajat Tak Kesampaian

Berita pemergian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin memberi kesan yang mendalam buat ramai yang pernah mengenali beliau secara dekat termasuk pelakon jelita, Uqasha Senrose. Uqasha yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi mendedahkan hajatnya untuk […]

Featured Mon, 6 Mar 2023

Marsha Milan Rancang Buat Rawatan IVF, Dilema Perlu Berehat Dari Karier Seni

Rezeki ditangan Tuhan.. Kenapa Marsha dilema tu?

Featured Thu, 27 Oct 2022

[VIDEO] “Mirul Bg Tanda SOS Tu” – Mata Berkelip Laju, Gelagat Suami Ain Edruce Cuit Hati Ramai!

Sukanya min tengok pasangan bahagia ni! Terhibur tengok gelagat suami Ain Edruce, laju kelip mata tu.. Minta tolong ke? 🤣

Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Hiburan Wed, 20 Sep 2023