Trending By: Padin September 4, 2022 @ 12:02am

Isu Konsert Artis Antarabangsa: “Letak Dahulu 5 Pilihan” – Prof Dr Muhaya

Pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memberikan pendapat peribadi mengenai isu konsert artis antarabangsa yang hangat diperkatakan, baru-baru ini.

Doktor pakar mata ini mengulas mengenai penganjuran konsert penyanyi luar negara di Malaysia yang menjadi polemik sesetengah pihak kerana didakwa menjadi sebab penularan budaya hedonisme.

“Apa-apa yang Allah tak reda, saya tak setuju. Salah satu tanda Allah sayangkan seseorang ialah apabila dia tidak menghabiskan masa dengan perkara sia-sia.

“Apakah perkara yang sia-sia itu? Ia tidak memberatkan timbangan di Padang Mahsyar. Malaikat sentiasa mencatat perbuatan kita.

“Kita sendiri ada pilihan raya setiap saat. Sebelum buat sesuatu perkara, kita harus fikirkan lima pilihan iaitu iman atau nafsu, syurga atau neraka, taat atau maksiat, dosa atau pahala dan Allah reda atau Allah murka?

“Jika ada yang bertanyakan mengenai konsert artis luar negara kepada saya, letak dahulu lima pilihan itu, barulah bertindak membuat keputusan. Saya pun suka berhibur, tetapi saya berhibur dengan suami. Saya menyanyi di rumah sahaja.

“Saya tak menghukum atau menghakimi sesiapa, saya hanya memberikan pandangan peribadi. Berkenaan dengan hukum, saya tak boleh komen, itu saya serahkan kepada ustaz atau yang lebih arif,” katanya.

Muhaya ditemui di seminar transformasi Prof Muhaya Circle (PMC) 2022 ‘Zero Stress Living’ di The Everly Hotel, Putrajaya pada Sabtu.

Mengulas mengenai PMC, Muhaya mendedahkan selepas pandemik melanda, ramai individu yang terkesan, terutama daripada sudut tekanan emosi serta perasaan.

Menerusi program ini, Muhaya menjawab dan mencari solusi bersama peserta-peserta yang hadir untuk menangani perkara berkenaan.

“Program PMC berdasarkan 41 tahun pengalaman saya bertemu dengan pelbagai lapisan manusia. Ia telah membantu lebih 11,000 orang yang sebelum ini mengakui ‘telah mati’ dalam kehidupan.

“Semua yang hadir mahu menjadi lebih positif. Menerusi seminar ‘Zero Stress Living’, peserta akan mengenal pasti sumber stress, apa kesannya dan solusi asas untuk mereka keluar daripada belenggu stress.

“Alhamdulillah, kali ini lebih 500 orang yang menyertai PMC. Ia pertama kali diadakan secara bersemuka kerana sebelum ini, semuanya dibuat secara atas talian. Semua yang hadir mahu hidup dengan transformasi positif dan menjadikan ‘pencinta tanpa syarat’ sebagai modus operandi kehidupan,” katanya lagi.

Selain lebih 500 peserta, PMC turut dihadiri oleh beberapa selebriti seperti Datin Lisa Surihani, Tya Arifin, Hafiz Hamidun, Mia Ahmad, Wany Hasrita, Amira Othman dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Oct 2021
Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Thu, 3 Nov 2022
Trending Tue, 30 Jun 2020
Featured Tue, 23 Aug 2022

Scammer Kejam! Wanita Kongsi Modus Operandi Wang RM163,000 Lesap Dalam Tempoh 1 Hari Babitkan 4 Buah Bank

Allahuakbar! Moga Allah gantikan rezeki yang berlipat kali ganda buat akak sekeluarga.

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Trending Wed, 24 Jun 2020
Featured Tue, 6 Sep 2022

“Tiada Pihak Ketiga..” – Nad Zainal Perjelas Isu Video Tular

Tu dia, Tuan badan dah tampil jelaskan. Siapa yang cakap Nad cerai sebab pihak ketiga tu? 😌 Jangan buat spekulasi ok gaisss 🤪