Trending By: Padin July 16, 2021 @ 8:16am

Isu Rentas Negeri Balik Raya Selesai, Masya Masyitah Sudah Beri Keterangan Kepada Polis

Terpalit dengan dakwaan pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah dari Kuala Lumpur menggunakan surat merentas negeri ibunya, penyanyi Masya Masyitah memaklumkan isu terbabit sudah pun selesai.

Masya memaklumkan dia sudah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada 16 Mei lalu bersamaan sambutan Hari Raya ke-4.

“Pihak saya sudah memberi kerjasama penuh sepanjang proses siasatan dijalankan. Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya sendiri tak takut untuk memberikan kerjasama.

“Saya bukannya mencuri, menipu atau menggunakan orang dalam untuk dapatkan surat merentas negeri. Pada waktu itu, memang polis benarkan untuk merentas negeri bagi pasangan jarak jauh. Saya harap isu ini tidak perlu diperbesarkan lagi,” katanya.

Terdahulu, pihak polis menjalankan siasatan terhadap Masya yang didakwa pulang ke kampung menggunakan surat kebenaran merentas negeri pasangan jarak jauh disebabkan ibu dan bapanya tinggal berjauhan.

Sebelum ini, Masya memohon maaf dan memberi penjelasan mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa untuk pulang ke Kulim atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

Selepas mendapat pelepasan rentas negeri yang dimohon ibunya, secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan ia menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mendakwa Masya mengambil kesempatan merentas negeri menggunakan surat kebenaran ibunya.

“Saya malas nak komen lebih, mungkin silap saya kerana berkongsi di laman sosial. Saya mohon maaf atas kesilapan ini dan jika ada yang kurang senang.

“Apa yang penting, saya sudah memberikan kerjasama kepada pihak polis. Jadi, saya enggan mengambil tahu lagi mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single mandarin solo pertama berjudul Jiu Meng Xin Su secara virtual, semalam.

Jiu Meng Xin Su adalah ciptaan istimewa oleh penulis lirik dan komposer muzik hebat tempatan, Kai Kai, dan dihasilkan bersama oleh produser terkenal, Ong Peng Chu dalam genre slow rock.

“Sudah lama saya mengimpikan sebuah single solo Mandarin kerana ingin menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat peminat baru ketika bertanding dalam Yippi Star Quest 2020, dan tak lupa juga buat peminat kesayangan di Malaysia yang sering tertanya-tanya bila agaknya saya akan keluar dengan lagu baru.

“Harapan saya agar single ini mendapat sambutan ramai di Malaysia dan dikalangan pendengar berbangsa Cina, dan jikalau ada rezeki semoga ia dapat pergi jauh sehingga ke negara China pada satu hari nanti,” katanya optimis.

Lagu ‘Jiu Meng Xin Su’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala muzik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube RocketFuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Hiburan Fri, 23 Aug 2024

Tak Putus Harapan, Iqram Dinzly Nak Kahwin – “Teringin Juga Tengok Hasil Sperma & Ovum Isteri Saya”

‘Biarlah saya beri kebahagiaan kepada mama dulu’ – Iqram Dinzly

Trending Thu, 19 Apr 2018

Isu Peha Melimpah, Ramai Menunggu Kak Zai Buat Permohonan Maaf

Isu panas membabitkan pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain mengkritik tetamu fashion show yang berbadan besar masih belum reda lagi nampaknya?

Featured Wed, 24 Apr 2024
Trending Wed, 31 Oct 2018

Nelayan Nampak Pesawat JT 610 Menjunam Ke Laut Sebelum Meletup

Dari jauh saya nampak ia sudah condong sebelum meletup.

Trending Fri, 28 Jun 2019

女性爱闻男友体味!研究:有益健康

加拿大研究显示,喜欢闻另一半身上的味道,或许是一种减压的方式,对身心灵还满健康的。

Trending Wed, 15 Apr 2020
Featured Tue, 27 Jul 2021

Boleh Mohon Bantuan RM 5,000 One Off Untuk Keluarga Pesakit COVID-19

Orang ramai boleh memohon bantuan khas sekali bayar RM5,000 diperuntukkan kepada waris pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi perkongsiannya memaklumkan bantuan pengurusan kematian Covid-19 itu akan diberikan kepada pemohon […]

error: Content is protected !!