Categories: Trending

“Jangan Main Serkap Jarang Je…” Siti Nurhaliza Hulur Bantuan Buat Mangsa Banjir Di Pahang

Penyanyi nombor satu negara ini tidak melepaskan peluang beliau sebagai anak jati Pahang dalam memberikan sumbangan buat mangsa-mangsa banjir di negeri tersebut.

Menerusi satu hantaran di laman instagram miliknya, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi turut berkongsi bantuan yang beliau sumbangkan berserta kapsyen yang sekaligus menjawab persoalan netizen mengenai apakah sumbangan beliau buat penduduk negeri Pahang ketika ini.

” Walaupun keadaan saya tidak mengizinkan untuk ke sana tetapi, sesungguhnya walaupun tubuh saya tiada di lokasi banjir namun, In shaa Allah doa dan bantuan saya bersama mereka” tulisnya.

Untuk makluman, TokTi bersama-sama pasukannya telahpun menghantar bantuan berupa keperluan asas seperti makanan, beras, biskut dan minuman kepada penduduk di sekitar Pahang.

Sumber : Instagram @rozisangdewi

Jadi, buat semua netizen jangan suka main serkap jarang okay! Apapun, marilah kita sama-sama doakan agar mangsa-mangsa banjir terus dilindungi.

Salma Syahbuddin