Categories: Trending

PM Umum Tindakan Kawal Penularan Covid-19 Isnin Ini – Ismail Sabri

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa memantau situasi semasa dan membincangkan pendekatan serta langkah terbaik mengawal penularan Covid-19.

Dan kerajaan kini sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan kes Covid-19 yang mencecah empat angka sejak kebelakangan ini.

Kerajaan akan ambil tindakan segera

Tambahnya, kerajaan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperhalusi dan menilai tindakan yang perlu diambil segera termasuk mempertimbangkan SOP lebih ketat .

Ia juga membabitkan sektor sosial  terutamanya bagi mengurangkan pergerakan sekali gus mengurangkan jangkitan wabak berkenaan.

Pengumuman khas PM

Ismail Sabri juga memaklumkan, satu pengumuman akan dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin ini bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Dan, kerajaan juga mendengar keluhan serta cadangan rakyat  serta dan memahami beban tugas petugas kesihatan berikutan peningkatan kes mendadak terutamanya di negeri-negeri yang sedang mengalami banjir.

Justeru itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Salma Syahbuddin