Categories: Trending

“Semua Orang Boleh Rasai Kehilangan..” – Ernie Zakri Dedah Kisah Di Sebalik ‘Gundah’

Debaran kian terasa menjelang Anugerah Juara Lagu 35 (AJL) yang akan berlangsung 7 Februari ini.

Ramai yang menjangkakan penyanyi, Ernie Zakri bakal merangkul Anugerah Vokal Terbaik pada kali ini.

Mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri bersama Sharon Paul, Ernie sempat mengungkap kisah sebenar di sebalik lagu yang menjadi dendangan di corong radio masa kini.

“”Lagu ni sangat dekat di hati saya kerana saya menulis lagu ni tentang arwah nenek dan datuk saya.”

“Semua orang boleh memahami perasaan apabila kita kehilangan seseorang yang istimewa buat selamanya. Di situlah terbitnya idea untuk Gundah” katanya ketika ditemui di sidang media AJL-35.

Ernie turut menyifatkan Gundah merupakan lagu yang cukup istimewa dan peribadi untuknya.

Apa yang penting, semoga Ernie dapat melakukan yang terbaik untuk pentas akhir AJL, serta dapat membawa emosi itu terus ke hati para peminat. 

Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu Ke-35 pada 7 Februari ini hanya dk TV3. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”