Categories: Trending

KWSP Lulus 2.5 Juta Permohonan i-Sinar, Permohonan Dibuka Sehingga..

Sejak permohonan kategori satu dibuka bermula 21 Disember lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan 2.5 juta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 juta setakat 4 Januari. 

Menurut KWSP dalam kenyataannya pada Rabu, jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah sebanyak RM19.62 bilion dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM10.07 bilion secara berperingkat bermula 5 Januari.

Tambahnya, 1.4 juta permohonan yang masih belum diluluskan berada di dalam kriteria kategori dua yang akan dibuka permohonannya mulai 11 Januari ini.

Baca artikel berkaitan :Tidak Lulus i-Sinar? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari

“Bagi ahli yang termasuk dalam kategori dua, mereka disarankan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan seperti slip gaji rasmi yang memperincikan jumlah gaji termasuk elaun lebih masa dan komisen serta penyata bank untuk dimuat naik di i-Sinar Online.

“Bagi melancarkan proses permohonan, ahli perlu memastikan semua dokumen yang dihantar adalah jelas, sah dan dapat menyokong permohonan mereka,” katanya.

KWSP menambah, daripada 3.88 juta permohonan yang diterima, 701 daripadanya tidak dapat diluluskan atas faktor perbezaan nombor akaun bank, permohonan yang dibuat untuk ahli yang telah meninggal dunia atau ahli telah berumur 55 tahun dan layak untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka.

Permohonan i-Sinar akan terus dibuka sehingga 30 Jun ini.

Sumber: BH

Kredit foto : Bernama

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”