Categories: Trending

Jangan Malas! Belajar Jadikan Aplikasi MySejahtera Rakan Baik Anda

Penggunaan aplikasi MySejahtera seharusnya menjadi normal baharu buat masyarakat di negara ini sebagai salah satu kaedah bagi membantu kerajaan khususnya, KKM dalam membanteras wabak Covid-19.

Justeru itu rakyat Malaysia sanagat digalakkan menggunakan aplikasi MySejahtera bagi membolehkan mereka melakukan penilaian kesihatan sendiri.

Selain itu, MySejahtera juga berperanan untuk memperkasa orang ramai menerusi maklumat terkini berhubung Covid-19 dan lokasi untuk mendapatkan rawatan.

Jangan ambil mudah scan kod QR!

Sumber : Google

Ingat gais! Dengan mengimbas kod ini sebelum masuk ke mana-mana premis, ianya sekaligus dapat membantu mengisi maklumat kontak rapat anda secara manual.

Bukan itu sahaja, MySejahtera turut digunakan oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memantau individu yang menjalani kuarantin di rumah termasuk mereka yang kembali dari luar negara selepas 10 Jun lepas.

Kerajaan dalam usaha galak masyarakat muat turun MySejahtera

Sumber : Google

Pentingnya aplikasi ini buat semua rakyat Malaysia, kerajaan mengambil inisiatif dengan mengkreditkan RM50 ke dalam e-dompet pengguna sebaik sahaja mereka berjaya memuat turun aplikasi tersebut.

Malah, kerajaan juga berharap agar kemudahan aplikasi ini dijadikan sebagai ‘teman rapat’ buat seluruh rakyat Malaysia bagi emmbanteras Covid-19.

Salma Syahbuddin