Trending By: Salma Syahbuddin May 9, 2021 @ 4:29pm

Jangan Sampai Perlu Pilih Hidup Atau Mati – Dr Noor Hisham Abdullah

Berikutan trend jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan agar masyarakat Malaysia sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar kita tidak perlu memilih siapa yang hidup, siapa yang mati.

Menurutnya, meskipun kita masih berkemampuan dari segi kemudahan kesihatan, ia bukan alasan untuk rakyat terus mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

“Kita tidak mahu berakhir seperti beberapa negara apabila kita memilih siapa yang hidup dan siapa yang mati.
“Ketika ini kita masih ada kapasiti, tetapi kita sarankan semua rakyat untuk pastikan mereka mematuhi SOP sebab kita berada dalam situasi kritikal.

Dr Hisham juga memaklumkan katil di hospital awam dan hospital kerajaan kini semakin penuh dan ketika ini negara memerlukan masa untuk melaksanakan pendekatan luar biasa untuk menangani penularan Covid-19.

“Ini adalah tempoh luar biasa dan kita memerlukan pendekatan luar biasa. Ini bukan waktu kebiasaan apabila kita boleh berpuas hati.
“Jadi, kita harap semua agensi dan sektor relevan berkenaan akan mengikuti garisan panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan tiada perhimpunan besar kerana ia sebenarnya punca jangkitan.
“Kita cuba mengelak majlis super spreader (perebak utama). Jika kita boleh mengelak majlis itu seperti majlis perkahwinan atau kematian,” katanya.

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Jul 2021

Isu Petik Nama Siti Nordiana di IG Live: Syura, Lan Solo & 3 Individu Serahkan Kepada Peguam

Penyanyi Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin yang dituntut membuat permohonan maaf terhadap penyanyi Siti Nordiana menyerahkan perkara terbabit terhadap peguam

Featured Wed, 5 Oct 2022

“Setengah Orang Iri Hati & Cuba Jatuhkan…” – Penat Dikecam, Anna Jobling & Meerqeen Pilih Privasi

Anna bersyukur ada fans yang sangat supportive menyokong #Meerna dari belakang! Apapun kita kena hormat permintaan aktres jelita ni okay 🥰🥰

Trending Fri, 5 Oct 2018

Opsss… Ini Mall ATAU Bangunan Tak Siap?

Menerusi perkongsian saudara Kai Chuan, bangunan itu mungkin dilihat sebagai unik pada sesetengah orang namun rata-rata netizen berpendapat ia seolah gambaran sebuah bangunan tak siap. Korang rasa macam mana?

Trending Thu, 1 Jul 2021
Trending Sun, 13 Jun 2021

Rapper Muda Singapura Jalin Kolaborasi Dengan SonaOne

Menggunakan gelaran nama YHB Sleepsalot, anak muda kelahiran Singapura ini bersedia untuk menggegarkan dunia muzik masa kini. Dilahirkan pada 30 Ogos 2001, YHB mengakui bahawa permulaannya ke dalam dunia seni bertitik-tolak dari obsesinya terhadap bintang

| Live TV

error: Content is protected !!