Categories: Trending

Jom Try! Ini Tip Kawal Pemakanan Paling Mudah Semasa Raya PKPB Nanti

Sambutan Aidilfitri memangnya disambut setahun sekali. Tetapi ini tidak bermakna korang boleh redah semua perkara semasa raya lebih-lebih lagi bab makan. Juadah raya nanti memang confirm bukan makanan yang sihat walaupun lazat. Sebab tu korang kena kawal juga pemakanan walaupun ketika hari raya.

So kali ini kami kongsikan tip paling mudah untuk kawal pemakanan ketika hari raya nanti. Jom semak!

Kawalan Kuantiti Makanan

Kalau boleh ambil lah makanan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Bila ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit baru lah boleh rasa semua juadah kan?

Pilih Makanan Yang Mempunyai Kalori Rendah

Pilih makanan yang mengandungi kalori yang rendah dan makanan yang kurang menggunakan santan, minyak dan lemak. Makanan-makanan yang mengandungi bahan-bahan ini lah yang jadi punca badan kita cepat naik.

Minum Air Putih

Selain itu, pilih makanan yang mengandungi serat yang tinggi supaya korang tidak mengalami sembelit. Ha, jangan lupa minum air putih juga. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan minuman yang mengandungi gula yang tinggi.

Kurangkan Makan Makanan Manis Dan Masin

Selain rendang dan lemang, hadkan juga pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol. Kalau nak makan manis juga, banyakkan mengambil buah-buahan sebagai pencuci mulut ye.

Makanan yang mengandungi garam yang tinggi seperti kerepek tu kurang-kurangkan lah. Tak salah pun menikmati juadah raya cuma korang perlu berpada-pada kerana bukan sebab berat badan naik sahaja, kesihatan badan pun perlu juga kita ambil peduli betul tak?

So rasa sikit-sikit dah la. Sekurang-kurangnya merasa lah juga kan. Jangan lupa bersenam juga tau. Ingat, kita perlu kekal sihat sentiasa. Lagipun korang banyak masa lapang sepanjang tempoh PKPB kan?

Jadi jangan makan tak ingat dunia masa raya ni okay?



Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover