Categories: Trending

PKPB : Cubaan Balik Kampung Sia-Sia, PDRM Arah Patah Balik

Walaupun diberi kelonggaran dalam fasa ke-5 ini, namun terdapat segelintir masyarakat yang mencuri peluang untuk pulang ke kampung dengan memandu dari ibu negara ke Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata, pihaknya akan memastikan Pulau Pinang akan kekal berada di zon hijau dan mana-mana individu yang cuba memasuki negeri itu akan segera diarah berpatah balik.

” Kita akan pastikan Pulau Pinang akan kekal sebagai zon hijau. Dan, disini saya ingin tmemberi amaran, jangan cuba masuk ke negeri ini kerana mereka mungkin akan kerugian dan dikenakan kompaun sebanyak RM1000. Dan yang paling teruk, mereka akan dipaksa balik” Katanya.

Bermula semalam sahaja, sebanyak 9 kompaun dikeluarkan. Manakala, 308 kenderaan dari Perak, Kuala Lumpur dan selatan diarahkan pulang.

Sebanyak 19 sekatan dilakukan di Pulau Pinang termasuklah sekatan di tol Juru yang dilakukan oleh Polis Bukit Aman, memandangkan ia merupakan pintu masuk utama menuju tiga negeri utara iaitu, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Salma Syahbuddin