Categories: Trending

JAIS Keluar Larangan Ziarah Kubur Pada Hari Raya Aidilfitri

Susulan penularan pandemik Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya ketika ini, sebarang aktiviti menziarahi tanah perkuburan Islam sepanjang perayaan Aidilfitri di negeri Selangor adalah dilarang khususnya selepas atau sebelum melakukan solat sunat Aidilfitri.

Menurut kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), ketetapan larangan ini dibuat selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri.

“Mereka yang berhasrat untuk menziarahi kubur arwah dalam tempoh ini bolehlah digantikan dengan amalan bacaan tahlil, zikir dan doa di kediaman masing-masing untuk dihadiahkan pahalanya kepada arwah kaum keluarga dan kerabat yang telah kembali ke Rahmatullah.

“Pengurus atau pihak yang menguruskan makam diraja atau tanah perkuburan Islam di negeri Selangor hendaklah membantu JAIS dalam memastikan ketetapan ini dipatuhi oleh semua pihak.

“Tempoh masa kuatkuasa bagi ketetapan ini tertakluk kepada satu siaran yang akan dikeluarkan oleh JAIS kemudian,”

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberitahu,prosedur operasi standard (SOP) untuk aktiviti ziarah kubur ketika PKPB dan Aidilfitri akan dikeluarkan sekiranya perlu.

Namun, ianya bergantung kepada nasihat dan keputusan semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber: FB Jabatan Agama Islam Selangor

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover