Categories: Trending

PKPB : Polis & ATM Bakal Buat Pemeriksaan Dari Rumah Ke Rumah Aidilfitri Ini

Bersiap sedia!

Apabila balik kampung, ramai yang menganggap pihak polis tidak akan mengawal rumah mereka”

Walaupun kelonggaran telah diberikan kepada rakyat Malaysia dalam fasa PKPB ini, namun terdapat segelintir masyarakat yang masih berdegil dan nekad untuk pulang ke kampung halaman bagi merayakan sambutan aidilfitri.

Pihak berkuasa akan buat pemeriksaan!

Justeru itu, menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, jika didapati terdapat banyak jumlah kenderaan di luar rumah kediaman semasa cuti perayaan aidilfitri nanti, pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk membuat pemeriksaan di kediaman terbabit.

“Betul, tidak mungkin pihak polis akan mengawal semua rumah”

Perkara tersebut turut dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador bahawa pihak polis akan meronda di setiap kawasan rumah yang mempunyai jumlah kenderaan yang banyak.

Ini bagi memastikan SOP bagi PKPB dipatuhi pada musim perayaan ini selepas jumlah kenderaan yang didapati cuba untuk merentas negeri pulang ke kampung agak tinggi iaitu sebanyak 1, 633 kes pada 18 Mei lalu.

Salma Syahbuddin