Categories: FeaturedTrending

Kadar Pengganguran Menurun Pada Februari

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Februari, kadar pengangguran di negara ini turun kepada 4.8 peratus berbanding 4.9 peratus pada Januari.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan penurunan bilangan penganggur sebanyak sekitar 5,000 orang.

Tambahnya, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua susulan penularan COVID-19 dilanjutkan sehingga 18 Feb lalu di semua negeri kecuali Sarawak, lebih banyak perniagaan dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ini merangkumi semua segmen sektor runcit, aktiviti sukan dan rekreasi, serta perkhidmatan swasta lain, bagi memastikan kemampanan ekonomi terutamanya dalam kalangan perniagaan kecil.

Merumuskan keseluruhan situasi tenaga buruh, beliau berkata, walaupun lanjutan PKP dan sekatan perjalanan antara negeri berterusan, keadaan beransur pulih sejak awal Mac 2021.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”