Categories: Trending

Kejam! Lelaki Tikam Ibu Sebab Kari Ayam

Sampai hati! Hanya kerana si ibu tidak memenuhi permintaannya menikmati kari ayam untuk makan tengah hari, lelaki ini tergamak menikam ibunya. 

Dalam kejadian di Badepuram, Guntur, Andhra Pradesh itu, Bejjam Kishore, 45, membeli ayam pada Ahad lalu dan memberi kepada ibunya, Bejjam Mariamma, 80, lapor Times of India.

Dia yang juga kaki botol pulang beberapa jam kemudian dalam keadaan mabuk sebelum naik berang selepas mendapati makanan diminta itu tidak dihidangkan.

Kishore, yang pernah bekerja sebagai pengamal perubatan tempatan, menjerit memarahi ibunya sebelum menikamnya.

Mangsa mati di tempat kejadian manakala Kishore kini diburu polis.

Sumber: Daily Times

SGMS Faida