Putus Tunang, Mariah Carey Jual Cincin Harga RM 8.4 Juta

Selepas pertunangannya dengan jutawan James Packer terkandas di tengah jalan, penyanyi Mariah Carey mahu jual cincinnya.

Memetik laporan New York Post, penyanyi sensasi itu dikatakan menjual cincin itu pada harga US$2.1 juta (RM8.4 juta) walaupun harga asal cincin 35 karat itu dilaporkan bernilai US$10 juta (RM40 juta).

Pasangan ini bertunang pada Januari 2016 dan berpisah setahun kemudian.

Dalam masa sama, pihak pengurusan Mariah menepis dakwaan tindakan penyanyi berusia 48 tahun kerana mengalami masalah kewangan.

“Mariah sangat terbuka akhir-akhir ini tentang perancangannya untuk terus memandang ke hadapan tanpa memikirkan masa lampau.

” Jual cincin tanda dia sudah melupakan episod sedih dalam hidupnya bukan kerana dia mengalami masalah kewangan,” kata wakil.

SGMS Faida