Categories: Trending

“Kelakar Betul La!,”-Netizen Terhibur Lee Chong Wei Beri Pesanan Cara Hadapi Kawalan Pergerakan

BEKAS jaguh badminton Malaysia, Dato’ Lee Chong Wei bertindak menasihati rakyat Malaysia tentang cara menghadapi kawalan pergerakan bagi mencegah penularan wabak covid-19. Perkara ini disampaikan oleh Lee Chong Wei menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di laman Instagram peribadinya baru-baru ini. 

Bekas pemain nombor satu dunia ini berkongsi kisah lucu semasa berhadapan dengan situasi pembelian panik pada Isnin lalu. Menerusi kapsi pada posting tersebut, isteri beliau, Wong Mei Choo meminta beliau membeli barangan keperluan rumah. Sejurus sahaja sampai di sebuah pasaraya berdekatan rumahnya, beliau lihat orang ramai berlumba-lumba membeli barangan rumah. Chong Wei menyifatkan tindakan mereka seperti sedang ‘marathon troli’ dan sama laju seperti pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan. 

Sumber: Instagram Dato’ Lee Chong Wei

Apa yang lebih mencuit hati, Chong Wei juga menceritakan pengalamannya melihat gelagat rakyat Malaysia membeli 10 beg tisu tandas sehingga tisu tandas di pasaraya itu kehabisan stok. Panik betul ye sampai tapau tisu banyak-banyak! 

“Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife (isteri), tapi toilet paper (tisu tandas) I terlambat… Ternganga I tengok mamat depan I tapau 10 beg tisu jamban! … (I ingat masa dulu dalam situasi wabak yang bahaya, air paip pun akan jadi bahaya. Itu sebab tisu tandas jadi penting.

Sumber: Instagram Dato’ Lee Chong Wei

Nasib menyebelahi beliau apabila seorang rakannya yang juga sedang membeli-belah pada waktu itu menghulurkan satu beg tisu tandas kepadanya. 

“Lee, ambil tisu ni. I terambik dua. Tadi tengok semua berebut tapau i pun terikut tapau juga. Padahal i tak guna untuk basuh pun,” kata rakannya.

“Kita tergelak and catch up sikit. Selepas itu, makin ramai ‘gangster trolly’ (gengster troli) serbu, I pun terus cabut, sebab I tahu virus ini merebak mudah (mudah merebak),” cerita beliau. 

Bapa kepada dua orang cahaya mata ini juga menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan elakkan diri daripada pulang ke kampung seolah-olah seperti pulang beraya. Tindakan drastik seperti ini boleh meningkatkan lagi penularan wabak covid-19. Selain itu, Chong Wei juga berpesan supaya tidak menyimpan makanan secara berlebihan. 

“Kawan sekalian, saya berharap agar anda jangan cemas menghadapi krisis ini dan I minta tolong semua duduk di rumah, jangan keluar buat sementara ni. Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. (Jika) kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak-ansur, tolong-menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat.

Posting Chong Wei telah menarik perhatian netizen dan rata-ratanya sangat terhibur dengan kisah yang disampaikan oleh Chong Wei. Ramai netizen bersetuju dengan pendapat Chong Wei tentang permasalahan yang sedang membelenggu negara kita pada waktu ini. 

Sumber: Instagram Dato’ Lee Chong Wei

Sumber: Instagram Dato’ Lee Chong Wei

Sumber: Instagram Dato’ Lee Chong Wei

Beliau juga turuk merakamkan ucapan penghargaaan dan terima kasih buat pihak yang terlibat baagi membendung wabak covid-19 di negara ini. Chong Wei juga mewujudkan tanda pagar #stayhome di penghujung posting.

“Kepada ‘frontliners’ (barisan hadapan), para doktor, missi (jururawat), kakitangan hospital dan juga cashier (juruwang) pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini, terimalah tunduk hormat dari saya! Cara paling baik kita membalas budi dan bersumbang (menyumbang), is to #STAYHOME,” 

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover