Categories: FeaturedOh Lawa

Serlahkan penampilan pada pagi Aidilfitri dengan warna biru klasik

Bagi yang masih tercari-cari warna tema untuk sambutan Aidilfitri yang bakal disambut pada penghujung Mei nanti, apa kata pilih warna biru klasik kerana warna itu mendominasi carta warna 2020.

Kaya dengan ciri-ciri kelembutan, biru klasik adalah warna yang tidak asing lagi dan sering menjadi kegemaran serta pilihan ramai kerana warnanya yang tidah dimamah usia serta tidak pernah jemu mata memandang.

Kredit gambar: Forbes

Menurut syarikat koordinasi warna terkemuka, Institut Pantone Color yang berpengkalan di New Jersey, Amerika Syarikat, warna biru klasik yang dikaitkan dengan warna langit dan laut itu melambangkan simbol ketenangan, keyakinan serta perhubungan.

Pengarah Eksekutif Institut Pantone Color, Leatrice Eiseman, berkata warna biru klasik dipilih sebagai warna aliran terkini kerana mampu memberi impak kesan yang gah, mudah dikawal dan tidak terbatas.

Kredit gambar: Styleoholic

“Warna biru klasik menggalakkan orang ramai untuk pandang ke arah yang lebih jauh dan sekali gus dapat meluaskan lagi pemikiran, mencabar minda untuk berfikir dengan lebih mendalam serta terperinci. Di samping itu, warna biru klasik juga dapat meningkatkan lagi perspektif dan membuka aliran komunikasi,” katanya.

Kredit gambar: Pantone

Oleh itu, buat mereka yang gemar mengikuti perkembangan aliran masa kini dan ingin membuat perancangan untuk menempah baju raya warna sedondon, bolehlah memilih fabrik warna biru klasik.

Tidak kira sama ada bercorak atau tidak, warna biru klasik adalah warna yang sangat mudah untuk dipadankan dan digayakan dengan apa sahaja gaya. Jika bijak memadankannya, rona unik ini dapat memukau dan menyerlahkan lagi penampilan seseorang.

Kredit gambar: Independent.ie

Tidak terhad untuk koleksi busana sahaja, anda juga boleh tampil cantik menyerlah pada pagi Aidilfitri dengan padanan aksesori, beg, kasut atau selendang dengan warna yang sama. Semuanya terpulang mengikut cita rasa masing-masing dan apa yang penting, rona biru klasik versatil dapat memberikan sentuhan anggun dan elegan kepada si pemakai.

Berikut adalah antara gaya fesyen berona klasik biru yang boleh dijadikan inspirasi buat anda:

Kredit gambar: Jakel

Kredit gambar: Fesyen Baju Moden

Kredit gambar: Fashion Valet

Kredit gambar: Favim.com

Kredit gambar: Livemaster

Kredit gambar: Styleoholic

Kredit gambar: ERA Sabah

Ad Ops