Trending By: SGMS Enal February 23, 2019 @ 11:54am

Kematian Akibat Difteria, Tak Pernah Ambil Suntikkan Imunisasi Sejak Lahir

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui satu kenyataan media melaporkan kematian seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 1 bulan di Johor Bahru pada 21 Februari akibat jangkitan difteria.

Difahamkan kanak-kanak yang menunjukkan simptom-simptom jangkitan seperti demam, batuk dan bengkak tonsil sejak 16 Februari tidak pernah menerima suntikkan imunisasi sejak lahir.

”Kes telah dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari 2019 dalam keadaan yang lemah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria.

”Malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 21 Februari 2019 dengan sebab kematian Severe Diphtheria with multiorgan failure.

”Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kes menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan makmal untuk pengesahan toksin difteria, kata Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Sehubungan itu, KKM telahpun mengambil langkah-langkah pencegahan bagi membendung penularan wabak seperti  pencarian kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian imunisasi dan pendidikan kesihatan.

”KKM ingin menasihati orang awam terutamanya ibu-bapa agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, demam campak (measles), batuk kokol (pertussis) dan lain-lain. Pastikan anak anda diberikan imunisasi.

”Imunisasi adalah cara pencegahan penyakit yang berkesan dan selamat. Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan anak anda kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan kanak-kanak lain,” katanya.

KKM turut menggesa mana-mana ibu-bapa yang masih belum mendapatkan suntikkan imunisasi untuk anak-anak mereka agar tampil berbuat demikian mengikut Jadual Imunisasi yang dikeluarkan oleh pihaknya.

”Bagi kanak – kanak yang telah tercicir suntikan, bolehlah segera mendapatkan perkhidmatan imunisasi di mana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat,” katanya lagi.

Penyakit difteria berlaku disebabkan jangkitan bakteria Corynebacterium diphtheriae yang boleh menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak, bengkak tonsil dan kemungkinan berlaku komplikasi bacteremia (infeksi darah) dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga menyebabkan kegagalan organ, yang seterusnya boleh membawa maut.

Pengambilan imunisasi difteria dapat mengelak daripada jangkitan atau terkena jangkitan serta gejala lebih ringan dan tiada komplikasi.

Sumber: KKM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022

Pernah Lalui Pengalaman Pahit Dengan BBNU, Naim Daniel Tak Menyesal ‘Lamar’ Dolla – “Mereka Lain, Sangat Profesional”

Mereka sangat natural. Kalau mereka kena jadi buruk, diorang akan jadi buruk – Naim Daniel

Featured Wed, 17 May 2023
Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Setanding Drama Korea, Babak Dalam Sekali Lagi Cinta Kembali Jadi Bualan Penonton

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali kini menjadi fenomena apabila gandingan mantap Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim ternyata tidak mengecewakan. Terbaharu, seorang pengguna memuat naik video reaksinya terhadap satu babak dalam drama Sekali Lagi Cinta […]

Trending Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Fri, 18 Aug 2023
Hiburan Mon, 21 Aug 2023

Kongsi Foto Bersama ‘Dulang Boys’, Mas Khan Bakal Menamatkan Zaman Bujang?

Wahh betul ke Mas Khan dah nak kahwin? Ramai lah yang frust nanti

Trending Wed, 4 Jul 2018

Tuduhan Terhadap Najib Mula Dibaca

Beliau selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang diamanahkan dengan RM4 bilion milik wang SRC International Sdn Bhd yang mana beliau sebagai penasihat syarikat itu, didakwa melakukan pecah amanah jenayah berjumlah membabitkan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.