Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2024 @ 2:17pm

Ruhainies Bengang Kad Jemputan Palsu Majlis Pertunangan Dengan Aliff Aziz Tular – “Saya Tak Halalkan”

Pelakon sensasi, Ruhainies bengang apabila kad jemputan pertunangan yang dicetak secara digital tertera namanya dan aktor Aliff Aziz dikongsikan oleh pengguna media sosial yang dikenali sebagai @kaddigital.murah.

Menerusi perkongsian tersebut, majlis pertunangan itu dilaporkan akan diadakan pada Sabtu, 29 Jun 2024 dan bakal berlangsung di sebuah lokasi, Forest Valley Hall yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Enggan namanya terus terpalit dengan kontroversi murahan, Ruhainies tampil memberikan respons terhadap hantaran berkenaan.

Katanya, sudah terlalu lama dia berdiam diri dan membiarkan orang lain menyebarkan fitnah terhadapnya, justeru dia menegaskan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan di media sosial tanpa sebarang temu bual yang dilakukan adalah palsu sama sekali.

“Terlalu lama saya mendiamnkan diri dan membiarkan orang mereka cerita fitnah macam-macam tentang saya.

“Terlalu banyak juga media dan bloggers yang tidak bertanggungjawab membuat artikel tanpa interview saya dan pembaca menganggap perkara yang dikeluarkan adalah benar.

“Ingin saya tegaskan disini, segala artikel yang dikeluarkan selama ini yang bukan dari interview dari mulut saya adalah palsu,” ulasnya.

@xtra_my Replying to @gigi berlapis🤭🤭 Aik? apa cerita ni?👀😅 Kesian Ruhainies sampai ada orang ambil kesempatan guna nama dia untuk reka kad pertunangan palsu. #fyp #xtra #ruhainies #aliffaziz #tunang #kadjemputan #viral #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

 

Dalam hantaran sama juga, Ruhainies turut meminta agar pihak @kaddigital.murah menurunkan semula posting yang telah dibuat sebelum tindakan tegas diambil.

“Kepada @kaddigital.murah, sila take down post ini atau tindakan tegas akan diambil. Dan saya juga tidak akan halalkan awak berbisnes dengan cara menggunakan nama saya untuk tujuan viralkan bisnes awak. Saya tidak akan halalkan,” katanya.

 

Bagaimanapun, Ruhainies dilihat telah memadam hantaran tersebut selepas beberapa minit ia dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Aug 2021

Lembah Klang Kini Sudah Boleh Beralih Fasa – PM

Tahniah buat frontliners dan penduduk Lembah Klang!

Featured Fri, 11 Mar 2022

“Sha Masih Belum Sembuh..” – Shila Amzah Mohon Diberi Ruang

Kita terus mendoakan yang baik-baik saja ya.. ❤️

Hiburan Wed, 28 May 2025

[VIDEO] Selera Dah Berubah, Leona Kini Jatuh Hati Pada Jejaka Sepanyol

Leona nak berhenti ambil kelas Mandarin, mahu belajar bahasa Sepanyol

Hiburan Mon, 10 Jul 2023

Elizad Terharu Tunku Permaisuri Agong Usap Perut Sambil Doa Kurnia Zuriat

Insya-Allah semoga ada rezeki buat Elizad dan suami ❤️

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Liza Rayu Netizen Henti Sebar Gambar Bapa Mertua

Dalam pada itu, bekas penyampai radio Kool FM, Liza Khairuddin yang juga merupakan menantu kepada Saleem meluahkan rasa kecewa apabila gambar bapa mertuanya menjadi viral.

error: Content is protected !!