Categories: FeaturedTrending

“Kena Tunjuk Bukti Buat Aktiviti..” – Gara-Gara Selebriti Langgar SOP, Surat Pelepasan Negeri Diperketatkan?

Umum maklum, isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan kebenaran merentas negeri hangat menjadi perbincangan sejak akhir-akhir ini.

Terbaru, tular satu memo mengenai para pemohon yang ingin merentas negeri perlu mengemukakan maklumat lengkap sepanjang perjalanan bagi membuktikan perjalanan yang dilakukan mempunyai alasan kukuh.

Memo terbabit yang dipercayai dijumpai di sebuah balai polis mengeluarkan arahan untuk mereka yang ingin merentas negeri supaya mempunyai dokumen sokongan yang lengkap dan permohonan yang membawa kad pengenalan semata mata tidak akan dibenarkan.

Isu ini ternyata menimbulkan kekecewaan orang ramai ekoran ketidakpatuhan SOP yang dilakukan oleh orang ternama membuatkan ramai yang terpaksa menanggung akibat.

Namun setakat ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak polis yang mengesahkan mengenai memo yang tular itu.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”