Categories: Trending

Neelofa Dan Suami Akhirnya Tampil Rekod Keterangan Isu Langgar SOP

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, mengesahkan sudah merekodkan keterangan usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz pada Isnin berkenaan dua kes melibatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Mohamad Zainal Abdullah berkata, pasangan suami isteri itu hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sekitar pukul 6 petang.

“Rakaman percakapan terhadap kedua-duanya berlangsung kira-kira sejam, mereka dibenarkan pulang sebaik Pegawai Penyiasat (IO) berpuas hati dengan keterangan yang diberi,”

Difahamkan pasangan berkenaan hadir bagi membantu siasatan berkenaan dua kes, pertama melibatkan dakwaan mereka menyalahgunakan borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk merentas negeri bagi tujuan berbulan madu di Pulau Langkawi. Kedua, berkenaan majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu yang didakwa tidak mematuhi SOP.

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Akan Ambil Tindakan”Neelofa & Suami Dipanggil Beri Keterangan Isu Langgar SOP – KPN

ARTIKEL BERKAITAN : “Semua Okay…” Pengurus Majlis Perkahwinan & Pembantu Peribadi Neelofa Hadir Beri Keterangan

ARTIKEL BERKAITAN : Gagal Patuh SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Neelofa

Sehingga kini, Pihak polis akan melengkapkan kertas siasatan itu minggu ini sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin