Categories: Trending

Kenyang Sampai Tertinggal Anak Di Kedai Makan

Selalunya kita mendengar kes tertinggal bag tangan atau telefon bimbit di kedai makan. Tetapi kes kali ini agak ‘luar biasa’. 

Seorang peniaga di kedai ikan bakar, Irsyad Hadi Zainal memberitahu dia hampir membuat laporan polis apabila menemui seorang kanak-kanak ‘ditinggalkan’ di atas meja makan.

“ Kanak-kanak tiga tahun itu hanya tahu menyebut ‘ Ayah dan Ibu dan balik’. 

“ Dia hampir menangis, saya mendukungnya sambil cuba mencari ahli keluarganya di setiap meja. 

“Disebabkan pelanggan ramai, saya tidak tahu kanak-kanak ini datang daripada pelanggan yang mana, sehinggalah akhirnya dia tertidur sebab keletihan,” katanya.

Tambahnya, selepas hampir dua jam, seorang lelaki mendakwa sebagai bapa kanak-kanak itu menelefonnya.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya mengambil nombor kad pengenalan lelaki itu yang mendakwa sebagai bapa kanak-kanak ini.

“Sejak 18 tahun berniaga, inilah kali pertama saya berdepan keadaan seperti ini. Tidak sangka ia menjadi perhatian selepas ada pelanggan yang menjadikan ia viral di laman sosial,” katanya bapa kanak-kanak itu tampil mengambil anaknya sekitar jam 12 malam.

SGMS Faida