Categories: FeaturedTrending

Kerajaan Dijangka Bekalkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 Untuk Golongan B40

Sejak beberapa hari lalu, masyarakat kita dilihat ada yang sudah memiliki kit ujian kendiri Covid-19, dan perkara ini disambut baik oleh pihak kerajaan bagi melumpuhkan penularan jangkitan wabak berkenaan.

Justeru itu, kerajaan dijangka mempertimbangkan saranan membekalkan kit ujian kendiri covid-19 secara percuma terutama kepada golongan B40.

“Kita menerima baik cadangan pelbagai pihak termasuk Ikatan Komuniti Selamat yang menyarankan kit ujian kendiri covid-19 diberikan secara percuma kepada golongan B40.

Menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, cadangan supaya kit ujian kendiri covid-19 diberikan secara percuma akan dibawa ke mesyuarat kabinet dalam tempoh terdekat. Dan keputusannya bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Selain itu, kerajaan perlu meneliti cadangan pemberian kit ujian kendiri covid-19 kerana penggunaan kit itu mampu meringankan beban tugas barisan hadapan kesihatan, selain menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

 

Sumber  :Bernama

Salma Syahbuddin