Categories: Trending

“Isteri Dan Anak Saya Menangis..” – Bakal Buat Live, Ebit Lew Akan Jelas Segala Tuduhan Yang Dilontarkan

Susulan berita yang tular pada Rabu mengenai pendedahan saudara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengenai teguran peribadi beliau terhadap misi bantuan kemanusiaan dan cara kemasukan team Ustaz Ebit ke Gaza, hari ini Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dirinya.

Ebit memaklumkan beliau difitnah dalam isu yang tular kebelakangan ini dan akan membuat penjelasan lanjut dalam satu sidang media yang akan dijadualkan dalam masa terdekat.

Perkara tersebut dikongsi UEL menerusi LIVE di akaun Instagram dan Facebook miliknya.

“Kalau boleh saya tidak mahu balas dari awal, saya tidak pernah buat apa-apa kenyataan, hari ini saya pergi ke balai untuk membuat laporan polis kerana perkara ini sangat mengganggu dan menyedihkan. Sehinggakan isteri, anak-anak, dan rakan-rakan terdekat menangis…”
“Saya kecewa tentang perkara ini, saya menafikan semua tuduhan yang dibuat dan ia adalah fitnah semata-mata, Wallahi … tiada semua sekali, ia adalah fitnah,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis.
Salma Syahbuddin