Trending By: Fatin Nurain November 1, 2023 @ 4:18pm

Kes Penderaan Kanak-Kanak, Ibu Tunggal & Rakan Serumah Dijatuhkan Hukuman Penjara Selama 14 Tahun

Hakim VM Mabel Sheela telah menjatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun terhadap ibu tunggal, 27, dan rakan serumahnya, Awiin Chua, 30, selepas ditangguhkan pada 10 Oktober lalu kerana beliau cuti sakit.

Menurut Mabel Sheela, ketika dalam sesi penghakiman dia berasa sebak kerana terbayang akan nasib kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang menderita didera dalam tempoh sebulan.

“Pertalian ibu dan anak adalah sangat istimewa, kalau awak (merujuk kepada ibu mangsa) tanya anak adakah dia mahu mengikut awak, pasti dia akan mahu ikut, walaupun tahu akan merasa sakit.

“Mahkamah tidak boleh membayangkan keadaan mangsa jika keadaan berlarutan lebih lama dan tidak dibantu orang awam, pastinya mangsa akan meninggal dunia,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir manakala kedua tertuduh diwakili peguam, Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah

Memetik laporan Harian Metro, Nur Diyana memaklumkan kanak-kanak tersebut mengalami lebih 20 kecederaan fizikal dibahagian tubuh mangsa berdasarkan hasil pemeriksaan yang dilakukan pakar perubatan.

Tambah beliau, tempoh penderaan yang dilakukan terhadap mangsa selama sebulan yang mana kedua tertuduh mempunyai penjagaan terhadap mangsa kerana tinggal bersama mereka.

“Kekerapan setiap hari sejak 1 Julai hingga 9 Ogos berdasarkan pengesahan luka lama dan baru serta parut tubuh badan mangsa dalam laporan perubatan.

“Mangsa bukan saja dipukul tetapi turut diabaikan dengan meninggalkan mangsa keseorangan, dikunci di rumah tanpa makanan serta tidak menghalang atau menyelamatkan mangsa apabila dipukul,” jelasnya.

Mabel Sheela bagaimana pun telah menetapkan tertuduh dipenjara tujuh tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua selepas mengambil kira penghujahan pendakwaan.

Mahkamah seterusnya memerintahkan kedua tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bagi dua pertuduhan bermula dari tarikh tangkapan 12 Ogos lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki terbabit yang di bawah jagaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kedua ibu tunggal itu ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka.

Kes penderaan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, sekadar 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.

Kedua-dua pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, ibu tunggal dan Awiin yang juga wanita berperwatakan lelaki mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari, pada 16 Ogos lalu.

Pada 27 September lalu, kedua-dua tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Mabel Sheela.

Awal Ogos lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki disyaki menjadi mangsa dera kepada dua wanita yang mana seorang daripadanya adalah ibu kandungnya.

Kejadian tersebut terbongkor selepas jiran menyerbu rumah diduduki dua beranak itu bersama kenalan ibu mangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 4 Apr 2021
Trending Sat, 29 Sep 2018

#GempaSulawesi: Seorang Meninggal Dunia, 10 Cedera

Wisma Putra dalam satu kenyataan malam tadi menyatakan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa ini.

Trending Wed, 12 Jan 2022

Rebut Peluang Jadi Penyampai Radio Fly FM Menerusi Flydol 2022!

Menanam impian dan cita-cita untuk bergelar penyampai radio di stesen Fly FM? Apa lagi, rebut peluang anda dengan menyertai Flydol 2022! Rakam aksi menarik anda sebagai penyampai radio menerusi ‘duet challenge’ Flydol 2022 dalam masa […]