Categories: Trending

Kesemua Bakal Mahasiswa Dilarang Rentas Negeri Untuk Temuduga Kemasukan Ke IPT

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, bakal mahasiswa tidak dibenarkan merentas negeri bagi menghadiri sesi temuduga ke institut pengajian tinggi (IPT).

Kaedah tersebut sama sekali tidak menghalang proses kemasukan mahasiswa ke universiti mahupun IPT lain kerana proses temuduga masih boleh dijalankan secara online. Malah, pelaksanaan ini telah dijalankan sejak April lalu.

Sumber : Google

” Kita memang tidak benarkan rentas negeri. Dua hari lepas, ada soalan berkaitan temuduga kerja yang memerlukan rentas negeri dan kita kata lakukannya melalui online (dalam talian) sahaja, sama juga dengan pelajar.

Jangan bimbang! Buat dan hantar sahaja

Bagi yang tidak mempunyai akses internet di rumah, jangan bimbang! Kerana anda boleh merakan video terlebih dahulu dan menghantarnya kepada pihak universiti.

Sumber : Google

Namun, bagi mereka yang masih was-was dengan kaedah ini ketahuilah bahawa, pihak universiti sebenarnya telah membenarkan bakal mahasiswa menggunakan telefon bimbit atau telefon pintar mereka untuk menghantar video.

” Pada zaman sekarang, kaedah temuduga tidak semestinya dilakukan secara terbuka atau bersemuka, kerana ianya boleh guna kaedah maya sahaja.” Katanya.

Salma Syahbuddin